Sunday, July 1, 2012

sambungan ... sebulan bergelar guru

 tadi keluar isi perut sebentar,
sebenarnya pekerjaan sebagai guru yang bergelar guru bukanlah susah sangat, hanya masuk kelas mengajar mengikut sukatan yang diberikan. bagi homework, denda siapa yang nakal. habis waktu sekolah balik. Bila tiba musim peperiksaan buat soalan, kemudian csemak kertas bagi markah. sampai masa pelajar cuti kita pun cuti................. tapi untuk menjadi pendidik yaang cemerlang, gemilang dan terbilang di sisi Allah, ternyata bukan mudah. Proses didikan manusia adalah satu proses yang sangat mencabar, perlukan hikmah yang banyak, pengorbanan diri dari setiap aspek, tenaga, wang ringgit, masa dan semua yang ada pada kita. dan untuk memampukan diri melahirkan semua kebaikkan itu perlukan iman yang mantap dan kesabaran yang tinggi, serta ilmu yang pelbagai dan mendalam. Dan semuanya ini bila dilaksanakan lillahita'la maka insya Allah syurga lah jaminannya. patutlah ada seorang sahabat yang meminta nyawanya melebihi satu! kerana kenikmatan bekerja di jalan Allah ini hanya akan dirasai oleh mereka-mereka yang hanya menyerahkan dirinya semata-mata kerana Allah sahaja. nak menyentuh hati pelajar agar meeka memahami matlamat kehidupan dan memberi kefahaman yang jelas kepada mereka bukanlah mudah. tetapi insya Allah ianya bukan kerja yang mustahil bila Allah berkehendak. yang penting hubungan kita dengan Allah perlu dijaga dan niat kita perlu jelas dan perlu sentiasa dibaharui. Ingatlah tugas kita bekerja dan berusaha natijahnya serah pada Allah. Jangan sesekali wahai diri engkau putus asa dalam jalan ini.
Aku mohon YA Allah agar langkah kaki ini sentiasa dalam naungan keredhaanMu  dan pengampunanMu. ikatkanlah hati-hati kami dalam kasih sayangMu. perlancarkanlah urusanku dan permudahkanlah ia. Jangan Engkau bolak balikkan hati ini dan jangan Engkau tarik nikmat dan anugerah yang Engkau kurniakan Ya Rabb. Hanya kepada Engkau kami meminta, perkenanlah YA ALLAH..... amin

sebulan sebagai guru

bismillahirrahmanirrahim pemula bicara,

benarlah masa itu tidak dapat dijual beli, masa yang berlalu tidak dapat diulang agar berlaku lagi. semuanya hanya tinggal sejarah untuk dikenang dan dijadikan iktibar untuk kehidupan mendatang. hari ini telah masuk hari ke 27 aku berada di MA'HAD TAHFIZ DARUL MUTTAQIN (MASDAR). lebih kurang 3 hari lagi genap lah 1 bulan... tatkala ini aku mampu tersenyum bersyukur atas aturan Allah yang Maha Cantik ini. sungguh tiada yang berlaku dengan sia-sia, melainkan semuanya penuh dengan hikmah yang terzahir ataupun masih tersurat dari pengetahuan kita. Maka sebagai hamba Allah sentiasalah mencari-cari hikmah disebalik sesuatu aturan yang dipersuratkan ke atas kita.
pertama-tamanya akuucapan setinggi rasa syukur pada Allah atas nikmat aturan ini, seterusnya jutaan terima kasih kepada ibu ayah aku atas sokongan padu mereka dalam semua urusan hidupku, tidak dilupakan juga abang dan adik-adikku serta semua kenalan yang sentiasa mendoakan kebaikkan diri ini.
banyak pengalaman yang telah aku kutip dan aku lalui sepanjang hampir 1 bulan di sini. berita yang kita dengar pastinya tak sama dengan apa yang kita lalui dan rasai. bersyukur aku ditempatkan di sini, disekolah ini bersama dengan anak-anak murid yang baru aku kenali seramai 45 orang ini,.. sungguh mengenali mereka dan bergaul dengan mereka membuatkan aku lebih mengenali siapa aku dan di mana tahap aku. Mudir yang santun banyak yang aku pelajari dengan tawaduknya memohon kemaafan dari anak-anak didiknya. jiwa-jiwa mereka masih bersih dan mudah untuk dibentuk, Al-Quran begitu cepat meresap masuk ke benak mereka. tatkala aku melihat keajaiban ini aku terfikir sebenarnya kepada siapa yang berkehendak pasti Allah akan berikan jalan kepadanya, dan benarlah pepatah sesuatu kebenaran yang tak terancang itu dengan mudah dapat dikalahkan dengan kebatilan yang terancang" jadi hidup ini perlukan disiplin untuk membentuk diri menjadi siapa yang kita hajat ......



Sunday, June 10, 2012

Afifi Ahmad

Dia seorang insan yang aku kenali hanya untuk beberapa bulan sahaja. Namun masa bukanlah sebab kepada sesuatu keakraban atau pengenalan tetapi keikhlasan yang ditunjangkan membuatkan kami menjadi sahabat yang boleh berkongsi susah dan senang.
Alhamdulillah aku bersyukur kerana Allah memberi peluang aku mengenali dia. Kehadirannya cukup memberi impak positif kepada kami. inilah yang dikatakan berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan perolehi tempiasnya biarpun kita tidak membeli minyak wangi yang dijual si dia.
aku mula rapat dengan dia pada awal januari tahun ini (2012) selepas adikku Abdullah Luqman membuat keputusan pulang ke tanah air. Dan sememangnya aturan Allah itu baik, gerak hatiku dengan niat yang terdetik Allah membalas dengan kenikmatan yang berganda. Sungguh, aku kasihkan dia kerana Allah. terlalu banyak kenangan yang ditinggalkan kepada aku, keluarga dan sahabat handal dia dan pastinya kenangan2 di saat2 akhir kematiannya yang akan terpahat utuh di benakku ini. dan Subhanallah semuanya kenangan2 yang baik, pesanan2, perkongsian, leteran dan senda gurau yang berunsur keagamaan. tanggal 18 mei 2012. hari yang akan menjadi peringatan yang besar buat aku.
seperti yang pernah aku janjikan pada beberapa orang dan diriku sendiri, yang akan aku tinggalkan sedikit nota untuk tatapan afifi apabila dia sembuh dari penyakitnya selepas aku pulang ke tanah air dan hari ini aku baru berkesempatan mencoretkan sedikit perkongsian untuk kita bermuhasabah diri dan mengambil teladan dari kebaikkan Afifi ini. Dan saat ini aku berdoa agar dia sentiasa dalam kenikmatan yang berganda.
beberapa point yang sentiasa terngiang-ngiang di benakku selepas pemergiannya ini antaranya :
- kehebatan doa, diakhir2 kehidupannya selalu dia tekankan, katanya : doa itu pelik sangat, mohonlah pada Allah kerana pasti Allah kabulkan terutama zahrul ghaib.
- dia sebut hadith tentang apabila meninggalnya seorang anak adam dia akan meninggalkan 3 perkara :
doa anak yang soleh
sedekah jariah
dan ilmu yang bermanfaat
( afifi hanya belum ada anak tapi insya Allah yang 2 perkara lagi dia ada )
dalam bab ini dia juga turut sentuh tentang tahlil apabila ditanya oleh seorang kakak.
- dia juga suka kaitkan point tazkirah dia dengan menyertakan contoh pernikahan. katanya: jodoh takkan turun dari langit, kita kena usaha cari. dan dalam banyak2 panggilan ada satu panggilan dia cakap : saya rasa nak kawenlah sejak akhir2 ini, bila ditanya dah ada calon ke? dia cakap : ada orang saudi. Wallahu alam setakat mana kesiriusan dia tetapi insya Allah bidadari2 yang istimewa menanti dia.
- dia juga selalu bersyarah kat saya dalam mengikhlaskan diri untuk mendidik anak-anak terutamanya dalam mengajar al-qur'an. dan sememangnya dia terlalu serius dalam mengajarkan al-qur'an. ini memang saya salute!
- dia seorang pemuda yang prihatin, kadang2 sifat prihatin dia ini mengalahkan perempuan. terlalu kisah hal adik2 serumah dengan dia, kebajikan ibu2 saudara dia. buktinya dia usaha cari almari pakaian untuk adik2 dia, beli pinggan mangkuk untuk mak saudara dia.
- sangat menyentuh perasaan saya apabila ketika dia berada dalam kesakitan yang teramat dia masih mahu berfikir membantu saya utk farewell saya :(

dan masih banyak lagi sebenarnya, namun ini sahaja yang saya dapat kongsi. selain itu saya nak coretkan sedikit tentang beberapa ayat dia yang memang bila saya kenang..... Allah sahaja yang tahu rasa hati ini ...

1. wah VIP nak balik mestilah nak kena jemput ramaikan!
- namun hakikatnya dialah yang layak digelar VVVIP
2.x boleh kena cari yang sama juga jubah tu sebab nak raya ni nak kena pakai sedondonlah
- ketika dia jatuh sakit masih ada 3 jubah yang belum dibeli dan ini membuatkan saya merasa sangat berhutang dengan dia. Namun alhamdulillah saya cuba sebaik2nya memenuhi hajat dia. dan gurauan saya untuk bertandang ke rumah dia raya ini akan saya cuba tunaikan.
3. saya tanya dia tentang keperluan rumah sewa pelajar lelaki di sudan, setelah bicang ngan dia, dia cakap yang lain x berapa perlu peti ais ok kut. alhamdulillah ada kakak yang berbesar hati menghadiahkan peti sejuk kepada mereka.
4. saya sebut balik ni boleh kirim x lebih 2 kg tau, dia diam lama, kemudian dia tanya 6 helai jubah berapa kg? akhir sekali saya kata : x kisah la saja gurau nak kirim semua barang pun boleh.
akhir sekali memang saya bawa balik separuh dari barang dia dan baki dari barang dia akan dibawa pulang oleh ayah dia sendiri
5. saya selalu menjadi pembantu dia ketika dia nak conformkan kelas mengajar dia, sampai saya tanya : sampai bilalah akak nak jadi PA awak ni? dia balas : alah sampai akak balik je la.
Masya Allah!
6. dia juga sebut dia nak pergi belajar di yaman dan dia dah mula buat urusan, lepas tu mungkin akan ke india tetapi nanti nak balik sudan semula :)
Sesungguhnya Allah Maha Tahu.

alhamdulillah saya juga diberi kesempatan berkenalan dan berjumpa dengan keluarga arwah, dan rupa2nya saya memang sudah lama mengenali ibu dia.

hari ini saya terbaca nukilan yang ditulis oleh kak azma di blognya. Saya sebagai sahabatnya tumpang bangga dan bahagia. http://albazrah.blogspot.com/

saya juga dah menulis sebuah puisi malam sebelum kematiannya. http://ftvmovie.blogspot.com/

dia Afifi Ahmad telah dijemput Allah pulang pada 18 mei 2012 sekitar jam 11.15 pagi. alhamdulillah semua urusan pengebumiannya berjalan dengan lancar dan ramai yang turut besama menghadirkan diri untuk penghormatan terakhir.

berbahagialah ayah dan ibu beliau.

 kesimpulan saya dia memang seorang hamba yang soleh, anak yang sangat baik, kawan yang special dan dia adalah pinjaman Allah yang sangat bernilai kepada semua yang diberi peluang mengenali dia. dan saya sangat bersyukur turut diberi peluang ini.

insya Allah dia akan terus menjadi anatara kenangan indah  saya dan motivasi kepada saya sebagai seorang pendidik dan penuntut ilmu. insya Allah.

kami sayang dia kerana Allah semoga rohnya sentiasa dalam naungan rahmat dari Allah. amin ya Rabb. semoga kami juga dapat menyusulnya dan beroleh husnul khatimah.

yang berkongsi rasa,
nur khalida osman.



Monday, December 5, 2011

tiada lagi teman lelaki


assalamualaikum w.b.t
sungguh pantas masa berlalu, tahun ini sudah menghampiri pengakhirannya.
bila dihitung-hitung kembali sudah hampir 5 tahun rupanya aku bertapak di bumi Afrika ini dan sepanjang tempoh ini aku dikira bertuah berbanding raan-rakan kembara yang lain kerana aku sentiasa ditemani lelaki merangkap waliku. datangku disambut abang, 2 tahun bersama abang, Allah mengizinkan adikku pula menyusul bersama ke bumi gersang ini. 3 tahun lebih di apit abang dan adik. kemudian dengan kehendak Allah abang memutuskan untuk menamatkan kembaranya di tanah berkah ini maka tinggallah aku bersama adik besarku yang glamour dengan panggilan ALBO dan hari ini adalah hari terakhir dia di bumi khartoum dan hari terakhir aku berteman dengan lelaki.
Semoga Allah meredhai lelaki-lelaki yang aku kasihi. Semoga mereka terus thabat atas jalan ini walau dimana sekalipun mereka.

walaupun sudah tiada lelaki menemani kembara ini tetapi Allah masih menganugerahkan aku wanita-wanita sedarah sedaging dan seaqidahku bersama aku meniti hari-hari di sini. Aku masih ditemani Zahzah dan Izzah dan bakal ditemani Jam Nangkaku.

Dan andai diizinkan Allah kurang lagi setengah tahun aku pula bakal meninggalkan kanak-kanak aku dan menamatkan perjuangan aku di sini....

Inilah hakikat kehidupan manusia.... dan manusia perlu mengingati setiap ketentuan kepadanya pasti da hikmah yang terkepil bersama....

p/s :
selamat jalan adindaku ALBO... siapapun yang anda ingin jadi, jadilah dia kerana Allah dan untuk Allah.... dan dalam kegembiraan yang Allah bagi jangan sesekali melupai nikmatNya. Ingatlah belajar itu di mana-mana dan dengan sesiapapun. Allah sentiasa bersama kita selagi kita menjaga hak-hak Allah. Teruskan keyakinan dan tawakal kepada Allah. Didikkan Allah yang kita lalui di bumi ini adalah bekal untuk kehidupan sepanjang hayat. terus yaakin akan rezeki Allah kepda kita... Pelihara diri kita dari " hubbu dunya"
Jaga diri dari pintu-pintu fitnah dunia... terutama wanita... Awak adalah adik saya dan akan terus menjadi adik saya dan saya akan selalu berfikir dan merisaui adik saya kerana saya sayang dia dan saya tak ingin dia jatuh kelembah maksiat... doakan saya juga thabat di sini.

Tuesday, October 11, 2011

dan ini untuk adik-adikku

walaupun bukan menyeluruh menyerupai jalan hidup kita diawal penceritaaan ini, tetapi ianya mirip dan hadafnya sama2... biar kata2 ini ditulis dari orang lain tetapi akak ingin katakan ianya juga maksud hati akak....

terima kasih k.ma http://albazrah.blogspot.com atas entri kali ini...sungguh menyentuh hati saya dan sesuai dengan kehendak saya pada waktu ini. Sesungguhnya Allah Maha Tahu dan dididikan Allah datang dari pelbagai pelusuk

istimewa perkongsian Ini untuk Abdullah Luqman, Zahidah Zahraa, Nur Izzah Husna dan Jamilah Rawaida.....

http://albazrah.blogspot.com/

cerita ini tak bertajuk


Seiring keheningan pagi ini aku dengan rendah hati memanjatkan sejuta syukur kepada Maha Esa. Betapa bersyukurnya aku atas segala ketetapan Allah untuk aku. Aku redha dengan jalan hidupku dengan apa yang ada padaku, dengan segala apa yang aku lalui sebelum ini. Aku terlalu bersyukur diciptakan Allah sebagai aku sekarang, sebagai hamba yang dilahirkan dalam suasana islam dan terus dididik tanpa jemu untuk mengenali islam.. Terima kasih Allah kerana mengurniakan aku mak dan ayah, abang dan adik-adik yang aku miliki sementara waktu di dunia ini. Sesungguh kami semua milikMu.

Tahun ini tahun dididikkan, tahun yang banyak cabaran, walaupun hakikatnya setiap detik hidupku merupakan dididikan.... tetapi saat ini aku merasakan betapa kasihnya Allah kepadaku menganugerahkan tanggungjawab yang aku pikul sekarang... aku bahagia dengan apa yang aku lakukan walaupun ianya tidak sehebat mana... perjuangan aku hanya sekelumit berbanding perjuangan para sahabat mahupun salafussalih... tetapi inilah kudrat yang aku ada sesuai dengan keupayaan aku. Walaupun kekadang aku lelah ketika graf imanku tak menentu tetapi dengan adanya orang2 disekelilingku yang sentiasa mengingatkan membuatkan aku bangkit kembali dan sesungguhnya Allah tidak pernah membiarkan aku lama terkapai dalam kelekaan yang aku cipta sendiri... entri kali ini agak sukar difahami kerana ia hanya luahan yang ingin aku coretkan agar aku kembali membaca isi hatiku sendiri...

hampir genap 5 tahun aku berkelana jauh di rantau orang, banyak yang aku belajar, banyak juga yang aku perolehi, walaupun begitu masih banyak yang belum aku miliki.... berkelana jauh memang agak menyakitkan, meninggalkan orang-orang tersayang jauh dri pandangan mata...tetapi aku masih bertuah berbanding sahabat yang lain kerana aku tidak pernah keseorang aku sentiasa berteman. dahulu aku hanya bersama abang, kemudian adikku datang, baru2 ini abang pulang, adik seterusnya pula dtang meneman... pandangan orang keluarga ini pasti banyak wang dihantar jauh datang berjuang... namun itu hanya pandangan umum, dan Allahlah Maha Mengetahui dan melorongkan jalan rezeki...

Selepas 3 perenggan aku karang hatiku mula kembali lapang.... rinduku kepada keluarga di sana tidak akan aku buang begitu sahaja...

Aku berdoa padaMu Tuhan memberikan ibu ayahku kekuatan jua kesabaran dan terus maju menyumbang tenaga untuk deen tercinta

Aku mohon padaMu Ya Rabb memberi kami kefahaman Islam yang jelas dan benar dalam kami melayari bahtera kehidupan yang penuh onak duri ini

Aku bermohon kepadaMu Ya Rahman agar memperlapangkan hati adikku dalam menimba ilmu di dunia sebagai bekal untuk pulang.

Aku berdoa agar kami semua bersatu dalam jalan dan deen yang satu di bawah matlamat yang sama agar kami kembali dalam husnul khatimah....

Seandai ahli keluargaku membaca entri ini ketahuilah bahawa diri ini sentiasa menyayangi kalian kerana Allah dan ingatlah dalam kehidupan berkeluarga ini tiada istilah saling beban membebankan kerana kita saling perlu bertanggungjawab diantara satu sama lain. Dan perlu saling lengkap melengkapi untuk menjadi yang terbaik bertemu yang Maha Agung.

sayang kalian !!!

aku bangga menjadi sebahagian dari hidup kalian!


Friday, August 12, 2011

sittah syuhur

Mengikut perancangan lagi 6 bulan aku akan bermastautin di benua ini tetapi bukan sebagai pelajar rasmi di universiti lagi. Insyaallah aku akan beralih status dari seorang pelajar Universiti kepada seorang pengurus kanak-kanak dan tukang masak. Ini peluang aku berpraktikal sebelum pulang ke tanah air. Peluang ini juga memberi kesempatan kepada aku untuk improve bahasa inggeris ialah 6 bulan duduk dengan budak-budak yang memang speaking BI je 24 jam. Jenuhlah ustazah ni nak buka kamus BI nanti. Masak makan tak jadi hal sangat. Yang sedikit merunsingkan untuk study macam mana nak berinteraksi dengan baik dan memahami jiwa adik-adik ustazah nanti. Yerlah kita bukan takat nak jaga jasmani adik-adik kita sahajakan.
Walaubagaimanapun, aku juga perlu rebut peluang dan sisa baki masa yang ada ini untuk improve part-part yang masih banyak perlu ditampung. Hajat hati nak tumpang dengar subjek-subjek yang Zahidah ambil nanti, tapi servey2 macam tak berapa berkenan. Mungkin cari guru dalami sirah dan talaqi quran dengan orang yang dah dapat sanad. Dari sudut bahasa pula, mungkin dengan mengajar arab komunikasi nanti akan membantu aku mendalami bahasa arab itu sendiri.

Apapun mohon semua pembaca doakan yang terbaik untuk saya.

aktiviti ramadhan kali ini


Alhamdulillah puji dan syukur kehadrat Ilahi kerana masih lagi diberi kesempatan kepada diri ini untuk melalui bulan berkah ini. Pejam celik - pejam celik dah 12 hari umat islam berpuasa, sungguh cepat masa berlalu, tak terasa! Fasa pertama ramadhan fasa kerahmatan telah berlalu. Ramadhan tahun ini disambut dengan limpahan hujan yang membasahi bumi. Atas rahmat Allah ini umat islam di Sudan tidaklah begitu terugi dengan cuaca panas yang membahang seperti tahun-tahun sebelumnya. Alhamdulillah syukur lillah!
Pada hari ini telah dua hari kami umat islam melangkah memasuki fasa kedua iaitu pengampunan. Semoga kami semua dalam senarai hamba yang mendapat pengampunan dari Maha Pengampun. Hanya berbaki lagi satu fasa yang bakal dilalui selepas 1 minggu iaitu fasa pembebasan dari api neraka. Sama- sama kita memanjatkan doa kepada Allah agar kita berjaya melalui madrasah ramadhan kali ini dengan jayanya hingga ke akhir sesi madrasah. Amin.

Rutin puasa tahun ini bagi diriku amat berbeza dengan ramadhan yang lepas. Kalau tahun lepas program ibadah dalam ramadhan diatur oleh pihak Universiti tetapi tahun ini aku sendiri perlu memprogramkan diiriku untuk mendapatkan seribu satu kebaikkan dalam bulan mulia ini.
Namun sebagai hamba kita hanya mampu merancang dan sesungguhnya perancangan Allahlah yang terbaik. Apa yang aku rancang untuk dilaksanakan pada ramadhan ini tak semua yang dapat dilaksanakan tetapi Allah memberi aku peluang yang lebih besar dengan menghantarkan kepada aku satu medan ta'lim al-Quran yang beroperasi pada weekdays. Aku juga diberi peluang bertakruf dengan lebih mendalam dengan beberapa kenalan kelana aku di bumi gersang ini. Alhamdulillah atas segala bentuk nikmat yang telah Allah kurniakan.

Semoga diri ini konsisten dengan ibadah-ibadah yang dilazimi pada bulan mulia ini. Doanya agar diri ini keluar dari madrasah ramadhan dengan kebaikkan yang berganda dan dapat istiqamah dengan kebaikkan yang dilaburkan pada bulan ini. insyaallah!!!

Monday, May 9, 2011

sambungan slot 2


Slot 3

Setelah 6 tahun berlalu.

Ibu : sekejap je masa berlalu kan abang, dah besar anak-anak kita. Fatimah dah nak masuk sekolah rendah, ali pulak dah nak masuk tingkatan 3. Saya risau la abang dengan masa depan anak-anak kita. Dengan kemodenan dunia ini serba serbi ada. Pelbagai kemudahan terbentang kat depan mata. Semua ini memanglah ada positif negetifnya tapi saya rasa la kan yang negetif itu lagi banyak berbanding positif. Macam petang tadi, saya panggil along solat selepas masjid kat depan tu azan, dia cakap sekejap lagi, saya panggil kali ke 2 pun dia cakap sekejap lagi la ummi, kali ke tiga saya panggil dia tak bergerak lagi, saya tutup terus plug laptop dia tu. Elok saya tutup bukan dia terus nak gi solat, tuptup tengok air mata dia dah bertakung. Last-last terlepas la dia solat asar tadi. kita ni kalau tak belikan diaorang laptop susah juga sekarang ni dah macam satu keperluan laptop ni ha. Tapi bila dah sediakan jadi macam ini la pulak sampai yang wajib terabai.

Abah: hrm, Abang faham perasaan albi tu, tapi abang tegur sikit ye. Albi tak bolehlah ambil tindakan macam tu. Anak-anak mungkin tak boleh terima kalau kita ambil tindakan keras macam tu. Abang rasa lebih baik ajakkan kita tu kita sertakan dengan sebab, kalau wajib solat sebab apa perlu solat? Kalau kita beritahu dia , solat tu perintah Allah. Bila Allah wajibkan kita perlu taat. Kalau tak taat perintah Allah, cuba albi tanya dia apa akibatnya? Tanya dia sanggup tak dibahang api neraka yang amat pedih azabnya.

Ummi : tapi abang, benda ni dah selalu dah kita pesan… dah berbuih dah mulut saya ni…

Abah : albi dalam mendidik ni kita perlu bersabar,tak salahkan kita selalu ulang pun, kalau kita selalu peringatkan, lama-lama akan terpahat dekat hati anak-anak kita ni. Albi tegur along, angah pun akan dapat kebaikkan juga. Bahkan yang dalam perut albi sekarang ni pun akan dapat manfaat juga.

Tak begitu?

Ummi : syukran Abang. Sayang abang. Anak ummi jadi penyabar dan berhikmah macam abah ya nak.

Abah : anak abah pun nak kena jadi macam ummi juga ye…ummi kuat selalu bangun tahajud. Kalah abah dengan ummi ni.. oklah albi, abang keluar jap ye…nak borak dengan along kejap.

…………………………………………………………………………….

Abah : Assalamualaikum anak-anak abah. Buat apa ni?

Along : tengah ajar angah buat homework ni, dalam kelas tadi dia main-main kut sebab tu la tak faham.

Angah : Mana ada abah. Angah dah dengar betul-betul dah tapi latihan ni susah sangat. Along ni tolong orang tak ikhlas la tu…

Abah : along angah dah la tu. Along usik je tu. Angah gi masuk dalam bilik ummi, minta ummi ajarkan angah. Abah ada meeting sikit dengan along ni.

Angah : orait abah. Tapi ummi tak tidur lagi ke?

Abah : belum.

Abah : along tadi abah dengar dari ummi along terlepas asar ye? Kenapa sampai macam tu long? Along buat apa?

Along : along main fb tadi abah. Along cakap dah dekat ummi sekejap lagi along solat.

Abah : along, mana lagi penting ? kita sebagai hamba Allah pastinya perlu utamakan suruhan Allah kan? Kalau along tak boleh susun masa along dengan baik. Lebih baik along pulangkan laptop along tu kepada abah. Abah tak halang along nak ber fb tapi perlu kena pada masa dan caranya. Along perlu selalu ingat bila kita buat suruhan Allah tiada yang rugi. Bahkan kita akan sentiasa beruntung. Selepas ini abah harap sangat along jaga masa solat along jangan bagi ummi susah hati lagi. Kesian umi..along tak nak jadi anak derhaka kan?

Along : (menggeleng )

Abah : macam ni la anak abah. Janji dengan abah tau jangan tinggal solat lagi. Along dah besar. Dah 15 tahun dah. Kalau along tinggal solat lagi abah dah kena rotan along ni. Along nak ke abah rotan along lagi?

Along : tak nak abah. Along minta maaf along tak buat lagi.

Abah : along pergi minta maaf dengan ummi ye…

Along : baik, abah.

sambungan slot 1


Slot 2.

4 tahun kemudian

Proses pendidikkan di rumah

abah : Anak ummi sini ummi ajarkan cara berwuduk nanti kita solat jemaah bersama-sama dengan abah dan along ya.

Angah : yeyeyeye…nak cholat dengan abah.

ummi : ok, first sekali kita basuh muka dahulu, kemudian tangan…last sekali kaki ye. Buat macam ni ok? Cuba anak ummi berwuduk ummi nak tengok

angah : ok, bacuh muka cani kan? Pastu tangan, kepala…

ummi : good girl!

Angah : pastu apa yer ummi?

Ummi : la lupa pulak dia, telinga la comel. Pastu baru…..

Angah : kaki kan ummi?

Ummi : ingat pun.

……………………………………………………………………………..

Abah : along sini abah dengar hafalan along dulu sebelum kita solat jemaah bersama-sama.

Along : baik , abah. Tapi, alongkan belum lancar lagi surah an-naba’. Along tasmiq setengah surah je ye bah?

Abah : (tersenyum) tak pe abah dengar yang along dah lancar dulu, yang baki habiskan next week ok?

Along : ok, abah.

بسم الله الرحمن الرحيم . عم يتساءلون . عن النبإ العظيم . الذي هم فيه مختلفون. كلا سيعلمون . ثم كلا سيعلمون. صدق الله العظيم

Ummi : lunaknya suara anak ummi. Tapi……… kena habiskan hafazan along next week tau

Along : baik ummi.

Abah : ok lah. Jom kita solat jemaah bersama-sama.

Along qamat ye.

Along : ( qamat )

Selesai solat.

Abah : ummi makanan malam dah siap ke, abah dah lapar ni.

Ibu : dah abang. Sekejap ye, saya ke dapur dulu hidangkan makanan. Jom along tolong ummi.

Along : alah ummi. Along penatlah. Hari ini along cuti ye?

Abah : along, boleh ke cakap dengan ummi macam tu? Ummi lagi penatkan dari pagi ummi tak rehat pun… Along ingatkan firman Allah dalam surah Israk.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم . فلا تقل لهما أف ولا تنهرهما وقل لهما قولا كريما

Along : sorry umi. along tak sengaja tadi. Along minta maaf ye.

Ibu : ummi maafkan along tapi lain kali along jangan buat macam tu lagi ye. Jom ikut ummi ke dapur. Adik mengaji dulu dengan abah yer nanti dah siap ummi panggil makan k.

Adik : baik ummi. Abah kat sini tak de kipas, jom ngaji kat depan abah.

Abah : ye lah. Jom-jom.

permata ummah


Slot 1

Ketika lahirnya seorang permata Ummah.

Abah mendukung anaknya dan mengazankan ketelinganya

Perbualan ayah dan ibu…. Di hospital…..

Abah :

مَا من مَوْلُود إلَا يُولَدُ عَلَى الفطرَة فَأَبَوَاهُ يُهَوّدَانه أَو يُنَصّرَانه أَو يُمَجسَانه .

…terima kasih Ya Allah kurniakan permata ke 2 ini untuk kami, thanks albi lahirkan anak ini untuk abang. Namun, kita perlu ingat hadith yang abang bacakan tadi. Albi masih ingatkan apa maknanya?

Ummi : ingat Abang, Setiap bayi yang lahir itu lahirnya dalam keadaan fitrah maka kedua ibu bapanyalah yang bertanggungjawab mengyahudikannya atau menasranikannya atau memajusikannya.

Abah : kuat ingatan isteri abang ni, jadi sekarang tanggungjawab kita semakin bertambah, sekarang kita bertanggungjawab kepada kedua-dua anak kita ini dalam mengekalkan fitrah penciptaan mereka. Semoga kita sekeluarga di atas satu jalan sehingga nyawa kita diambil Allah.

Ummi : insyaallah abang, kita sama-sama berusaha dan berdoa ye.

Abah : Along, along sayang adik tak?

Along : mestilah sayang abah, nanti along nak ajar adik ngaji iqra. Ummi kata siapa mengaji nanti dapat masuk syurga.

Abah : bagus anak abah ni. Tapi sekarang adik kecil lagi, along kena selalu bacakan iqra tepi telinga adik biar nanti adik besar along tak penat nak tegur kesalahan adik…

Along : macam tu yer abah?...hrm insyaallah along try..tapi kalau along penat abah sambung baca ye…

Abah : ok, set.