Saturday, December 18, 2010

khas buat guruku

Dah lama biarkan blog ni menyepi, dan tiba-tiba sahaja rindu nak berpuisi selepas membaca 6 puisi yang berkualiti malam semalam...nantikan siapakah pemenangnya...dalam PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF anjuran Exco BPP tahun ini...harap hakim-hakimmnya menilai dengan penuh ketelitian ...cuak juga ni...


Dan pantun ini aku cipta khas untuk ustaz madah akhlak dan muqaranah ad-diyan untuk semester ini...terima kasih ustaz.
* classmate saya kata ustaz ni comel. memang comel pun.


seorang murabbi wajah bercahaya,
tiadalah gelap mirip yaman dan misra,
mengajar kami menepati masa,
bertugas bertahun lamanya di Universiti Afrika.

kemahirannya terserlah aqidah disyarah,
mendalami ilmu perbezaan agama,
menghuraikan akhlak memng tampak indah,
sungguh terperinci menyusun nota.

peribadinya cocok untuk dicontohi,
sangatlah baik biarpun tegas sekali,
mempertimbangkan hajat mahasiswi dikasihi,
selagi prinsip tidak dilanggari.

hati mula merasa kasih,
melihat kegigihan murabbi ini,
biar perit mendapat markah,
asalkan ilmu Tuhan berkahi.

peajar syariah pasti mengenali,
siapa pendidik bayanganku ini,
seandainya ada yang kurang pasti,
inilah ustaz Abdul Rafie memikat hati.

Friday, October 1, 2010

Gambar kenangan 3 minggu di rahamab (9 - 29 Ogos 2010)

Semua sudah kepenatan selepas menolak bas ini.
Bersama ustaz Hassan dan ustaz Mokhtar
Aishahtur dan adik-adik angkatnya
Sudaniyat
bersama Maryam dan Salma
Saya dan Aishahtur Raadhiyah, menunggu giliran kami ke depan..
Sebelum membuat persembahan mewakili negara tercinta
Menjahanamkan sehelai telekung utk sehelai bendera malaysia
merasa naik unta.
(cubalah, best!!! tambah2 waktu unta nak berdiri dan nak duduk)
pengalaman yang tidak boleh dilupakan, kena tolak bas..huhu
Antara yang bersama aku selama 3 minggu di Rahamab
Sebelum pulang sempat bershoping lagi kawan-kawanku ini
Suasana di kawasan Pyramid.
(yang tengah naik unta tu kawan dari Kenya)

Dah lama nak datang sini, saat ini Allah telah perkenankan hajat hambaNya.
berpeluang melawat pyramid di Bajrawiyah, Nil Abyad.
Ni snap waktu jalan-jalan nak g berdakwah di kampung sebelah
kawan-kawan seperjuangan
(majoriti budak medic)
Align Centerpermandangan dari luar tempat penginapan
tangki tadahan air untuk kegunaan kami para peserta kem ini
sekitar kawasan dapur
Stesen Minyak di Matamma
(20 minit dari Rahamab)

Jus buah-buahan dan telor rebus untuk berbuka puasa

tempat penginapan selama 3 minggu di Rahamab
(menghala ke arah selatan Sudan)

pengalaman menaiki Dafur.
(tetapi bukan dafur yang ini)
berhimpun di perkarangan masjid university afrika sambil
menanti ketibaan bas

sambungan dari penyakit futur

sambungan ....




antara penyakit yang menjangkiti para mukminin kini :


  • AL-ISRAF (PEMBAZIRAN)

Pembaziran ialah perbuatan yang melampaui batas kesederhanaan sama ada dalam soal makanan, minuman, pakaian dan sebagainya.

Antara kesan terhadap para 'amilin ialah badan dihinggapi penyakit; keras hati; lembab daya pemikiran; rangsangan melakukan kejahatan dan dosa; kecundang di saat-saat genting dan mencabar; tidak menjaga dan mengambil berat terhadap org lain; ditanya di hadapan Allah SWT di akhirat; terlibat dengan pendapatan haram; menjadi saudara syaitan; terhalang dari kasih sayang Allah.


  • AL-ISTI’JAL (TERBURU-BURU)

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa berhati-hati itu dari Allah dan terburu-buru itu dari syaitan. Ramai yang berkeinginan untuk mengubah realiti kehidupan masa kini dalam sekelip mata tanpa menilai kesan buruk yang akan berlaku serta tidak memahami suasana persekitaran.


  • AL-UZLAH (MEMENCILKAN DIRI)

Satu lagi penyakit yang dihidapi para 'amilin ialah mengutamakan kehidupan secara bersendirian dan meninggalkan kehidupan secara berjemaah.

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Kekuasaan Allah bersama jemaah. Sesiapa yang bersendirian, dia bersendirian di neraka. Sesungguhnya serigala memakan kambing yang bersendirian, tersaing dari kumpulannya." (HR Bukhari & Muslim)


  • AL-I’JAB BIL NAFSI (TERPESONA DENGAN DIRI SENDIRI)

Al-ijab bil nafsi ialah suatu kegembiraan terhadap diri sendiri, hasil dari apa yang dilakukannya, sama ada perbuatan tanpa menyinggung orang lain,tanpa mengambil kira perkataan dan perbuatan tersebut baik atau buruk, terpuji atau keji.


  • AL-GHURUR (TERTIPU DENGAN DIRI SENDIRI)

Al-ghurur ialah kekaguman seorang 'amilin terhadap dirinya sendiri sehingga mendorongnya ke tahap menghina dan memperkecilkan apa yang diusahakan orang lain yang menyerupai apa yang sedang dilakukannya. Namun, sikapnya itu tidaklah sampai ke tahap memperlekehkan peribadi saingannya.


  • AL-TAKABBUR

Al-takabbur bermaksud seseorang 'amilin itu menonjolkan kebesaran ke atas dirinya dalam bentuk menghina orang lain dan memperlekehkan kewibawaan mereka. Di samping itu, ia dengan angkuh menolak untuk menerima kebenaran dari orang lain.


rujukan Kitab Afat Ala- Tariq, karangan Said Mohd Noh.
Dipetik dari blog Pemuda Ahli Sunnah

Monday, September 27, 2010

semalam telah menjadi sejarah

Cepat benar masa berlalu, pejam celik, pejam celik dah hampir 4 tahun aku di bumi Sudan ini. Banyak pengalaman yang aku timba, banyak ragam manusia yang aku jumpa, banyak situasi yang aku alami, banyak rasa yang mengundang jiwa, semua ini adalah tarbiyah Allah buat hambaNya.

Semalam selak-selak catatan lama, rupanya tak rugi bila kita membuat catatan tentang kehidupan sendiri. Bila kembali menyemak kehidupan lepas, rasanya ini satu peluang aku untuk muhasabah diri yang semakin lalai semenjak 2 menjak ini. Manusia bila tidak merancang dan memprogramkan dirinya dengan baik, dengan neraca islam, maka datanglah agenda lain yang membawa dia jauh dari Rabbnya...Nauzubillahiminzalik.

hari ini rasa nak kongsi dengan kawan2 apa yang telah menjadi sejarah diriku diawal kedatangan ku ke Sudan.

Antara pesanan para pendidikku sebelum aku menjejak kaki ke tanah ini,
Khalida pergi sana jaga diri, jaga tarbiyah. Jangan pulang hanya dengan sekadar membawa segulung ijazah usuluddin sahaja...
Besar hajat yang mereka pahatkan di bahu ini. Mengulang baca hajat-hajat ini, membuat aku kembali kuat meneruskan saki baki kehidupanku diperantauan gersang ini.

Inginku himpun sedikit cerita suka dan duka tahun 2007 & 2008.

  • Sukanya menyertai rehlah pertama ke sungai nil bersama kawan-kawan indonesia di Syajarah.
  • Gerunnya bila gedung senjata terbakar pada 7 april 2007. Disangkakan Sudan dilanda peperangan yang bakal meragut jiwa. Seluruh asrama hingar bingar, semuanya pakat berteriak, meraung-raung. Akhirnya pihak asrama meminta kami keluar ikut pintu belakang. Seawal 3 bulan pertama beraada di Sudan dengan kelemahan berbahasa arab dan memahaminya, pasti agak sukar buat kami bertiga. Setelah keluar dari asrama, kami singgah solat asar di masjid Khartoum. Kemudian call abang, abang suruh ambil bas dari khartoum balik ke markaz islami. Disebabkan kesesakkan jalan raya, kami sampai malam ke markaz islami. lalu asrama k.diyana la menjadi sasaran...Alhamdulillah semua selamat.
  • Dukanya hati ini bila dikhabarkan ada rumah kosong untuk disewakan. Jadi pada 19 Mac 2007 kami gi la tengok rumah. Menitik air mata bila yang dilihat bukan rumah tapi tapak untuk dijadikan rumah...Sudan2.
  • Menakutkan bila kali pertama melihat ribut angin yang begitu dasyat melanda Sudan...Petang yang cerah terus menjadi gelap gelita.
  • 10 Mei 2007. Waktu ni dah pandai nak bertengkar dengan budak Afrika. Dah tak tahan sangat rasanya dengan perangai diaorang ni...
  • 11 Mei 2007. First time ikut solat jumaat di sudan. seronok juga dapat dengar khutbah jumaaat dalam bahasa arab.walaupun tak paham semua.
  • 24 Mei 2007. Menyertakan tandatangan aku untuk pembebasan Palestin di depan MAsjid Khartoum.
  • 27 Mei 2007 sekali lagi aku menurunkan tandatangan untuk pembebasan Palestin di depan Masjid Jamiah.
  • Penghujung buulan Mei k.Diyana bawa ke Suq Mayu sebab k.Asma teringin sangat nak naik keldai dan nak dengar suara yang paling buruk di dunia ini.
  • Sukanya bila dipaksa abang menulis untuk Al-Khattab bagi keluaran Julai 2007.
  • 14 Julai aku telah daftar nama untuk belajar di Universiti Afrika, bidang syariah dan pengajian Islam.
  • Bulan Ogos, ini bulan pertama aku mengajar anak-anak kecil mengaji Al-Quran.
  • Dukanya bila mula membuat urusan masuk Universiti pada 29 September 2007. PAda bulan puasa, beratur panjang bersama budak-budak Afrika, disiku mereka, dipijak tapak kaki kecilku ini...sampai menitis air mata, bukan sebab sakit tapi lelah.
  • Ramadhan kali ini, pertama kalinya aku iktikaf.
  • 10 OKtober 2007. Dah mula ikut tabiat orang Sudan, tidur di luar rumah. best juga udara segar pada mallam 27 ramadhan.
Inilah sedikit kisah suka dukaku pada 2007. Tetapi sekarang yang duka telah bertukar suka bila dikenangkan.

  • Seawaal tahun 2008. Pada 5 Januari, aku terperangkap dalam peergaduhan seorang konduktor bas dengan penumpangnya hanya kerana 10 sen. Waktu tu aku berada betul2 dibelakang driver. Seram betul, dah la dalam bas tu hanya ada dua orang perempuan aku dan seorang mak cik tua. mak cik tu dah mengucap panjang, aku hanya duduk diam, tak terasa puulak nak turun bas dan cari bas lain, mungkin panik kut. Apapun alhamdulillah Allah selamatkan kami 1 bas. kecederaan hanya dialami oleh orang2 yang mencetuskan pergaduhan.
  • Bulan pertama tahun 2008 juga aku menetap di rumah teman di Ingkos selama 1 bulan kerana suaminya pergi melaksanakan haji. Di sini banyak pengalaman yang aku dapatkan, tinggal di rumah yang diperbuat dari tanah, air yang digunakan untuk mandi dan membasuh terpaksa dibuang di luar rumah. Selalu ketiadaan air dan selalu terpaksa membeli air untuk minum dan kegunaan harian. Bila dikenang terasa manis.
  • 19 Mac 2008 Persatuan telah menganjurkan safari ke Timur Sudan. Perjalanan yang mencabar ini telah memakan masa selama 2 hari untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju. Apabila sampai kami bergitu berduka cita kerana haiwan2 di sana telah menghilang diri ke Utopia.
  • Sukanya bila 1 April dapat jam tangan jenama CK yang dihadiahkan oleh abang. Abang ni suka buat macam dia seorang abang yang tak ambil peduli langsung, tapi dalam diam sebenarnya aku selalu dapat hadiah diluar jangkaan. Ini tak bermaksud sayang sebab dapat barang...hehehe
  • 26 Mei. Anak kawan aku meninggal dunia sebaik sahaja dilahirkan ke dunia. Innalillahiwainnailaihirajiun. Sekarang dia dah dapat anak ke 2 dan sedang mengandungkan anak yang ke 3. mabruk!
  • 26 Jun. Sukanya bila dapat buat presentation di depan kelas menceritakan serba ringkas tentang buku 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam'.
  • 2 Julai 2008. Join viva Ust Ahmad Izzudin. 3 jam duduk dalam dewan tu, mengantuk betul dengar prof tu semak satu-satu huruf. TApi puas la ust Mad, dapat Mumtaz.
  • 13 Julai. Hari ini tidur hospital Ibrahim Malik, tunggu kawan sakit nak melahirkan anak.
  • 22 Julai.Lucu buat meeting BAHES melalui YM.Macam la sibuk sangat.
  • 2 September.Aku dapat contract masak untuk 1 minggu.
  • 9 September. Pulang bercuti ke Malaysia selepas 1 tahun 8 bulan merantau.
Aku bersyukur pada Allah atas segala ketentuanNya terhadap diriku ini. Bila sebut tentang syukur teringat hadith yang selalu sir Abdoh sebut yang bermaksud:
"Ajaib benar orang mukmin ini, semua baik untuknya. Bila ditimpa musibah dia bersabar, bila diberi nikmat dia bersyukur".

Moga aku tergolong dikalangan para mukminin.

Satu lagi pesanan yang selalu bermain di minda ini.
"Kita kena ringan menghulurkan bantuan.
Bila kita banyak mempermudahkan urusan orang, Allah pasti mempermudahkan kita."

Saturday, July 17, 2010

musim exam tiba lagi

cepat benar masa berlalu, hari tu baru lepas exam..tup2 esok lusa exam lagi...exam menguji sejauh mana tahap kefahaman kami para pelajar.

Untuk semester ini, aku ambil 8 paper. Bermula 19 Julai ini, untuk madah ikhtiari.(intishar islam fi afrika).Dan bersambung kembali pada 25 Julai Hingga 5 Ogos untuk 7 Subjek teras bagi semester ini...

Insyaallah najah semester ini, aku akan mula melangkah ke semester 7.Moga Allah mudahkan perjalanan aku dalam menuntut ilmu. Biarlah langkah pengajian aku ini seiring dengan penambahan ilmu di dada. Semoga aku tak pulang ke tanah air dengan dada yang kosong.

Program dakwah pula akan bermula pada 9 ogos sehingga 27 ogos. hampir 3 minggu aku akan keluar dari daerah khartoum. HArap-harap dapat melihat tempat baru di sudan. Moga aku kuat juga melalui program ini di dalam ramadhan. Insyaallah ramadhan kali ini akan terisi dengan kebaikkan.

Doa dari kalian amat diharapkan...

Sunday, July 11, 2010

penyakit futur

Futur


Dirujuk dari kitab : Afat ‘Ala Tariq.

Karangan : Dr. Said Mohd Noh.

Di dalam buku ini pengarang cuba memngupas dan membicarakan tentang penyakit-penyakit yang mungkin dihadapi olah para pendakwah dan mukmin itu sendiri dalam melalui liku-liku kehidupan seharian sebagai hamba Allah yang beriman.Pada kali ini saya ingin berkongsi tentang penyakit pertama yang disenaraikan oleh pengarang kitab Al-Afat ‘Ala Tariq. Semoga kita semua beroleh kemanfaatan dan cuba merawat penyakit-penyakit yang mungkin menjangkiti diri kita sendiri.

Makna Futur dari segi bahasa terbahagi kepada dua :

1) Terputus daripada penerusan ataupun terhenti dari pergerakan.

2) Malas atau lembap selepas kesungguhan dan kerajinan.

Manakala dari segi istilah pula Futur membawa makna :

Sejenis penyakit yang berkemungkinan berjangkit kepada para pendakwah atau para pekerja di jalan Islam. Darjat yang paling rendah ialah malas,perlahan atau lembap. Darjat yang paling tinggi pula ialah terputus atau terbehentti daripada pergerakan yang berterusan dan kesungguhan yang jitu.

Seterusnya mari kita melihat kepada sebab-sebab terhinggapnya penyakit Futur di kalangan kita :

1) Ekstrem atau terlalu berlebih-lebihan dalam agama.

Rasulullah s.a.w menganjurkan dalam sabdanya yang bermaksud;“Jangan kamu memberat-beratkan diri. Nanti akan diberatkan ke atasmu.”(Riwayat Abu Daud)

Tidaklah seseorang memberatkan diri dalam bergama, melainkan ia akan dikalahkan olehnya.” (Riwayat Al-Bukhari)

Oleh itu, pembimbing tarbiyah mestilah mendidik aktivis dakwah untuk mengikuti anjuran Rasulullah s.a.w dalam hadith yang bermaksud;“Lakukanlah amal sesuai dengan kemampuanmu kerana sesungguhnya Allah tidak merasa bosan sehingga kamu sendiri merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah ialah yang dilakukan secara rutin walau pun sedikit.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

2) Berlebih-lebihan dalam melakukan sesuatu perkara yang harus.

Contohnya, berlebih-lebihan ketika makan sehingga menjadikan badan terasa berat dan malas untuk berkerja sehingga akhirnya seseorang itu tidak melakukan sesuatu pekerjaan yang ingin dilaksanakan.

3) Keluar dari jemaah dan mengasingkan dirinya.

Apabila seorang aktivis suka bersendiri, maka dia telah hilang satu benteng pertahanan dari syaitan kerana Rasulullah s.a.w bersabda bahawa syaitan itu lebih dekat kepada seorang dari kepada dua orang dan lebih dekat kepada dua orang dari kepada tiga orang. Syaitan ibarat serigala yang sentiasa mengintai kambing yang terasing dari kumpulannya. Pastinya syaitan akan sentiasa berbisik agar seseorang itu meninggalkan amal dakwah. Oleh itu, aktivis dakwah mestilah dididik untuk melazimi teman-teman aktivis seorganisasi bagi mengelakkan futur. Pembimbing tarbiyah pula mestilah berusaha untuk sentiasa membina kemesraan aktivis dakwah dengan organisasinya dan memastikan kemesraan yang berterusan sesama aktivis.

4) Kurang mengingati mati dan hari akhirat.

Antara faktor pendorong kuat dalam amal dakwah ialah hasrat mendapat pahala, rasa rindu dengan syurga, takut akan dosa dan seksa neraka. Kesemua ini berkaitan dengan mengingati akhirat. Oleh itu, apabila mengingati akhirat berkurangan, ia akan diganti dengan ingatan kepada benda-benda lain. Natijahnya faktor pendorong menjadi lemah dan futur menguasai diri. Maka sebab itulah penting bagi aktivis dakwah untuk ditarbiyah agar mempunyai rutin ibadah tertentu yang akan terus mengingatkannya akan akhirat, bukan hanya bercakap mengenai fikrah atau menumpu pada kemahiran semata-mata.

5) Berlengah-lengahan atau kurang dalam melakukan ibadah seharian.

Kita tidak boleh mengambil ringan dan berlengah-lengah dalam melakukan ibadah seharian kerana sikap suka berlengah-lengah ini akan membawa kepada sesuatu yang lebih rumit dipengakhirannya.

6) Terjebak dengan sesuatu yang haram atau syubhah.

Manusia akan pasti melakukan kesilapan dan dosa tetapi ia tidak boleh mempunyai sikap toleransi dengan dosa atau bertoleransi setelah melakukannya kerana dosa akan membina titik hitam. Jika titik itu tidak dibiarkan ia akan melemahkan semangat dan mengakibatkan futur.

7) Mengecilkan skop amal dalam Islam.

Antara punca rasa jemu ialah tiada kepelbagaian. Oleh itu, pembimbing tarbiyah hendaklah membimbing para aktivis dakwah untuk mempelbagaikan segala tidakannya. Dia mesti mempelbagaikan ibadah mereka agar apabila mereka jemu pada satu ibadah, mereka masih melazimi satu ibadah yang lain. Dia mesti mempelbagaikan corak amal dakwah mereka agar mereka tidak mudah jemu dan bosan. Dengan itu, kemungkinan futur menjadi rendah.

8) Tidak dapat menerima sunnatullah dalam kehidupan.

Futur berlaku juga apabila seseorang itu dalam melakukan amal dakwahnya tanpa mengikut aturan alam seperti mahu satu perubahan yang segera dan cepat, tidak realistik dengan harapannya, sehingga apabila usahanya selalu gagal, ia menjadi putus asa.

9) Tidak menjaga hak badan disebabkan terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan tetapi sedikit tenaga pekerja yang ada.

Rasulullah s.a.w bersabda yangbermaksud;“Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak atasmu, dirimu mempunyai hak atasmu,keluargamu juga mempunyai hak atasmu. Oleh itu, berikan setiap yang punya hak, akan haknya.” (Riwayat Al-Bukhari)

Selain pembimbing tarbiyah sentiasa memerhatikan aspek ini dalam diri para aktivis, dia hendaklah memastikan agar tidak menjadi punca para aktivis mengabaikan hak-hak yang lain dengan memberi tugas-tugas atau tuntutan yang berlebihan.

10) Tidak ada persediaan dalam menghadapi duri-duri di jalan dakwah.

Jalan dakwah sentiasa dipenuhi oleh ujian. Seseorang yang tidak bersedia atau mempunyai persiapan akan pasti ditewaskan oleh ujian ini. Maka sebab itulah penting bagi aktivis dakwah untuk melalui program tarbiyah yang sistematik sebagai salah satu mekanisme persiapan di jalan dakwah. Pembimbing tarbiyah tidak boleh hanya seronok melihat kesibukan aktivis dakwah dengan pelbagai projek sehingga tidak ada masa untuk tarbiyah.

11) Bersahabat dengan sahabat yang mempunyai keinginan dan cita-cita yang rendah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bemaksud;“Seseorang itu mengikut agama temannya kerana itu hendaklah kamu melihat orang yang kamu jadikan teman.”

(Riwayat Abu Daud)

Maka sebab itu penting bagi pembimbing tarbiyah untuk membina kemesraan dengan para aktivis dan kemesraan sesama mereka. Dengan kemesraan itu, mereka saling mengasihi dan menjadi teman yang terbaik antara satu sama lain. Dengan itu juga, mereka tidak condong kepada golongan-golongan lain untuk dijadikan teman.

12) Bekerja untuk dakwah tanpa bersistem.

Apabila seseorang bekerja tanpa mengikut sistem dan perancangan yang baik dia akan memenatkan diri sendiri dan kurang mendapat hasil yang baik. Ini pastinya akan menjejas semangat dan komitmennya. Menjadi tanggungjawab pembimbing tarbiyah untuk menyepadukan pembinaan kemahiran yang betul sebagai sebahagian dari program tarbiyah bagi mengelakkan faktor ini. Di samping itu, pembimbing tarbiyah sendiri mestilah menjadi contoh yang baik.

13) Jatuh ke dalam maksiat, samada dosa kecil mahupun dosa besar serta tidak kisah dengan maksiat yang dilakukan.

Sunday, June 27, 2010

lama tak menulis

Lama meninggalkan blog ini, dah rasa macam kelu untuk menaip abjad di atas keyboard.
Entah kenapa begitu keberatan untuk duduk dan menutur huruf bergerak menjadi perkataan, mungkin agak sibuk kebelakangan ini, mungkin juga ketidak lancaran line internet menjadi puncanya...apa-apa je la alasan boleh dicari. Ada yang boleh diterima, ada yang perlu ditolak tepi.

Dalam masa 1/2 tahun ini bermacam-macam telah berlaku, yang suka mahupun duka. Sungguh cepat masa berlalu, pergi meninggalkan aku yang masih belum utuh membina peribadi diri. Hingga merasa amat kerdil diri ini, tiada apa yang dapat diberi untuk dikongsi, terlalu kurang untuk menjadi seperti yang dijanji.. Bukan juga salah sesiapa, hanya ia kesalahan diri membuang waktu tanpa mengisi dengan kemanfaatan buat keperluan dan bekal untuk dini hari.

Kini aku mula menyusun kembali puzzle yang telah aku ceramukkan dahulu, mencari dan menampung kekurangan diri agar puzzle aku kembali indah tersusun. Justeru akan aku gantungkan ia di dinding kediaman, agar semua yang memandang akan merasa kecantikkan seni ukirannya. Merasa bersama kemolekkan yang cuba diurai...

Semoga, sayang, rindu, dan kasih yang dibekal membuatkan aku terus kuat membina diri, maju setapak demi setapak, melangkah terus ke depan, tanpa menoleh lagi untuk mencapai hajat yang disemat pada awal matlamat yang ku cipta.

Moga RedhaNya Bersama Ku Selamanya

Tuesday, May 4, 2010

ciri-ciri seorang muslim

seorang muslim epatutnya menghiasi dirinya dengan beberapa perkara di bawah :
  1. Aqidah yang sejahtera
  2. Ibadah yang sahih
  3. Akhlak yang mantap
  4. Mempunyai tubuh badan yang kuat
  5. Luas ilmu pengetahuan
  6. Mammpu berusaha
  7. Berusaha melawan nafsu
  8. Menjaga waktu
  9. Tersusun dalam urusan
  10. berguna untuk orang lain
Mari sama-sama kita renungkan dan fikir-fikrkan.

Tuesday, April 6, 2010

kenangan 3 hari di yaman..





mendaki tangga flight ke malaysia
dari yaman


flight yamenia


hampir tiba di bumi malaysia


hotel al-musafir


peragaan pakaian tradisi yaman


menjamah buah di tengah jalan



x jumpa lagi janbia yang sesuai untuk dibawa pulang


janbia
pakaian tradisi



box



kanak2 d yaman




antara contoh gelang tangan yang dibeli


membeli belah di babul yaman


along dan abg ali izzudden

Monday, February 22, 2010

pulang bercuti

bismillahirrahmanirrahim...
alhamdulillah kami telah selamat tiba ke yaman pada 22 februari.
3 hari transit di yaman, kami cuba menghabiskan masa ini menikmati udara dan cuaca baru, mengenali budaya yang berbeza, menjamah mata dengan keunikkan negaranya...Sungguh rasa beruntung dapat melawat negara ini setelah sekian lama memasang angan sahaja. terima kasih Ya Allah yang memudahkan perjalanan kami...

Esok malam insyaAllah kami akan bertolak balik meninggalkan bumi yaman..dan insyaAllah di lain waktu jika masih berpeluang akan aku singgah lagi ke sini...

Sunday, February 7, 2010

ijraat pulang

exam dah selesai alhamdulillah..sekarang fokus misi baru pula...
ijraat dengan jamiah, jawazat..pasti menuntut kesabaran yang lebih...
janji dengan beberapa orang perlu dilaksanakan, beberapa perkara perlu diselesaikan,
pekerjaan perlu diteruskan...
Moga Allah sentiasa bersamaku menenangkan aku dalam apa jua keadaan...

Friday, January 15, 2010

exam menjengah lagi

lama tak menulis,
rasa rindu.
tapi tak punya idea
juga tak berkesempatan....sebab sekatan penggunaan internet telah diadakan bagi memberi ruang untuk lebih fokus study:)

kongsi ni je la...

bermula 24/1/2010....exam akan bermula utk semester 5 bagi menentukan layak atau tidak aku melangkah naik ke semester 6....exam utk semester ini akan berakhir pada 7/2/2010..insyaallah
moga lancar dan najah semua madah yang aku akan jawab di dewan peperiksaan nanti...selalunya qaah 66, 67 dan 68 yang menjadi port aku ...

jadual peperiksaan kali ini :

madah sedikit ringan diapit rapat oleh madah-madah yang amat berat
mudahkan Ya Allah...Khalida kena ingat juga doa sahaja tak cukup tau...

24/1 = (8.30 pg) dirasat quraniyah

28/1 = (8.30pg) tafsir ayat ahkam

31/1 = (12.00 pg) sirah wa syamail

2/2 = (8.30 pg) hadith 2

4/2 = (8.30 pg) Aqidah
= (12.00 pg) Hisbah -subjek elektif-

7/2 = (8.30 pg) Nazariatul akd

bila sudah selesai apa yang mahu aku buat ya?..