Sunday, July 1, 2012

sambungan ... sebulan bergelar guru

 tadi keluar isi perut sebentar,
sebenarnya pekerjaan sebagai guru yang bergelar guru bukanlah susah sangat, hanya masuk kelas mengajar mengikut sukatan yang diberikan. bagi homework, denda siapa yang nakal. habis waktu sekolah balik. Bila tiba musim peperiksaan buat soalan, kemudian csemak kertas bagi markah. sampai masa pelajar cuti kita pun cuti................. tapi untuk menjadi pendidik yaang cemerlang, gemilang dan terbilang di sisi Allah, ternyata bukan mudah. Proses didikan manusia adalah satu proses yang sangat mencabar, perlukan hikmah yang banyak, pengorbanan diri dari setiap aspek, tenaga, wang ringgit, masa dan semua yang ada pada kita. dan untuk memampukan diri melahirkan semua kebaikkan itu perlukan iman yang mantap dan kesabaran yang tinggi, serta ilmu yang pelbagai dan mendalam. Dan semuanya ini bila dilaksanakan lillahita'la maka insya Allah syurga lah jaminannya. patutlah ada seorang sahabat yang meminta nyawanya melebihi satu! kerana kenikmatan bekerja di jalan Allah ini hanya akan dirasai oleh mereka-mereka yang hanya menyerahkan dirinya semata-mata kerana Allah sahaja. nak menyentuh hati pelajar agar meeka memahami matlamat kehidupan dan memberi kefahaman yang jelas kepada mereka bukanlah mudah. tetapi insya Allah ianya bukan kerja yang mustahil bila Allah berkehendak. yang penting hubungan kita dengan Allah perlu dijaga dan niat kita perlu jelas dan perlu sentiasa dibaharui. Ingatlah tugas kita bekerja dan berusaha natijahnya serah pada Allah. Jangan sesekali wahai diri engkau putus asa dalam jalan ini.
Aku mohon YA Allah agar langkah kaki ini sentiasa dalam naungan keredhaanMu  dan pengampunanMu. ikatkanlah hati-hati kami dalam kasih sayangMu. perlancarkanlah urusanku dan permudahkanlah ia. Jangan Engkau bolak balikkan hati ini dan jangan Engkau tarik nikmat dan anugerah yang Engkau kurniakan Ya Rabb. Hanya kepada Engkau kami meminta, perkenanlah YA ALLAH..... amin

sebulan sebagai guru

bismillahirrahmanirrahim pemula bicara,

benarlah masa itu tidak dapat dijual beli, masa yang berlalu tidak dapat diulang agar berlaku lagi. semuanya hanya tinggal sejarah untuk dikenang dan dijadikan iktibar untuk kehidupan mendatang. hari ini telah masuk hari ke 27 aku berada di MA'HAD TAHFIZ DARUL MUTTAQIN (MASDAR). lebih kurang 3 hari lagi genap lah 1 bulan... tatkala ini aku mampu tersenyum bersyukur atas aturan Allah yang Maha Cantik ini. sungguh tiada yang berlaku dengan sia-sia, melainkan semuanya penuh dengan hikmah yang terzahir ataupun masih tersurat dari pengetahuan kita. Maka sebagai hamba Allah sentiasalah mencari-cari hikmah disebalik sesuatu aturan yang dipersuratkan ke atas kita.
pertama-tamanya akuucapan setinggi rasa syukur pada Allah atas nikmat aturan ini, seterusnya jutaan terima kasih kepada ibu ayah aku atas sokongan padu mereka dalam semua urusan hidupku, tidak dilupakan juga abang dan adik-adikku serta semua kenalan yang sentiasa mendoakan kebaikkan diri ini.
banyak pengalaman yang telah aku kutip dan aku lalui sepanjang hampir 1 bulan di sini. berita yang kita dengar pastinya tak sama dengan apa yang kita lalui dan rasai. bersyukur aku ditempatkan di sini, disekolah ini bersama dengan anak-anak murid yang baru aku kenali seramai 45 orang ini,.. sungguh mengenali mereka dan bergaul dengan mereka membuatkan aku lebih mengenali siapa aku dan di mana tahap aku. Mudir yang santun banyak yang aku pelajari dengan tawaduknya memohon kemaafan dari anak-anak didiknya. jiwa-jiwa mereka masih bersih dan mudah untuk dibentuk, Al-Quran begitu cepat meresap masuk ke benak mereka. tatkala aku melihat keajaiban ini aku terfikir sebenarnya kepada siapa yang berkehendak pasti Allah akan berikan jalan kepadanya, dan benarlah pepatah sesuatu kebenaran yang tak terancang itu dengan mudah dapat dikalahkan dengan kebatilan yang terancang" jadi hidup ini perlukan disiplin untuk membentuk diri menjadi siapa yang kita hajat ......