hidup di dunia sementara,
pinjaman Pencipta anugerah tak terhingga,
kita melata,
mengupas hakikat iman,
kita menjalar,
membongkah rahsia Tuhan,
tanggungan hidup khalifah pilihan,
janji dimenterai sebelum kelahiran...
hari ini...
kontrak ditamatkan,
nyawa dijemput Izrail yang turut,
qada' qadarNya telah tersurat,
bekal dikumpul dibawa bersama...
kini...
kami yang hidup merasa kehilangan,
mereka yang pergi menemui kebahagiaan,
harus perlunya kita bertanya,
cukupkah bekal yang kita bina?
cantikkah hiasan taqwa lakaran kita?
muhasabahlah jiwa,
hisablah binaan amal natijahnya,
kita perlu melatih dan dilatih,
kerana,
giliran kita pasti kan kunjung tiba....
insyaallah husnul khatimah milik bersama....
11.37 p.m.
khamis,lengkap tercoret.
18 jun 2009..
tangan ini bergerak membina huruf menjadi kalimat,kemudian bertukar menjadi bait-bait ayat,buat tatapan para pelawat...
Thursday, June 18, 2009
Tuesday, June 16, 2009
sajak sayyid qutub
Di sini ana ingin kongsikan sajak seorang pujangga Islam yang syahid menemui Allah SWT ,Sayyid Qutub rhm
Sahabat… Seandainya kau tangisi kematian ku Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulangku yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat mulia ini
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya
Kematian ku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merinduku
Taman-taman di syurga bangga menerimaku
Burung-burung berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah ruh ku terbang mendapatkan rinduNYa
Janganlah gentar berkelana di alam abadi
nun di sana fajar sedang memancar
Sayyid Qutub-1966

Thursday, June 11, 2009
Tuesday, June 9, 2009
siapa teristimewa...
Kau hadir bukan ku pinta,
Kau muncul susunan Pencipta,
Hadirnya engkau satu anugerah,
Membuatkan aku tersedar sudah.
Tuhan benar Maha Perkasa,
Mencipta manusia pelbagai rasa,
Memberi ketika Dia berkehendak,
Mengirim teman seikhlas awak.
Teman setia bukan biasa,
Kawan dunia hingga akhirnya,
Hidup insan sementara cuma,
Iman dan taqwa bekal bersama.
Acap bertemu membuah kasih yang padu,
Andai berjauhan sering merindu,
Hadirnya engkau mencerminkan diriku,
Mewarnai sanubari mencintai yang Satu...
10.17 pm
Rabu, 3 Jun 2009.
Saturday, June 6, 2009
serba..serbi
segala kesyukuran ku panjatkan kehadrat Ilahi...sampai hari ni banyak yang dapat diselesaikan..
alhamdulillah..semenjak masuk rumah baru ni,lbh kurang 3,4 x kami dah buat kenduri..moga lebih berkatnya..insyaallah.
Hidup banyak cobaan,cabaran dan sesuatu yang baru yang pasti akan muncul dalam dunia kita..bagaimana kita perlu menghadapinya?kalu kita letak iman yang utama,insyaallah ianya akan lancar seperti mana hajat syariat..
masuliyah?
bagaimana perlu dilaksanakan?
adakah ia beban?
bagiku....masuliyah itu perlu kita rasakan ianya suatu kesayangan jiwa...walaupun berat tapi kalu kita sayang kita akan cuba menyelesaikannya mengikut kadar ketermampuan kita...dan kita juga perlu ingat bahawa Allah takkan akan menguji dan memberi sesuatu yang tak kita mampu ke atasnya...
mak selalu pesan..kita jangan hampakan orang...walaupun susah cuba juga..takat mampu.
abang pun pesan gak waktu awai sampai sudan dulu...kita kena ringan tangan tolong orang..moga Allah mudahkan kita..
Ya Allah ak amat berterima kasih padaMu atas semua nikmat yang Engkau kurniakan padaku..bahagia rasanya punya perangsang dan pendorong yang gigih mendidik jiwa ini..
aku hamba yang sering leka dan lalai, aku harapdan aku pinta ...
aku tetap atas jalan ini selamanya....amin

Subscribe to:
Posts (Atom)