Setinggi kesyukuran aku panjatkan kehadrat Ilahi atas nikmat yang melimpah ruah yang diperolehi setiap hari. Terlalu kasih Allah kepada hambanya. Lalu bagaimana hamba membalas kasih Pencipta nya?.... Muhasabahlah dirim jangan dibuai tipu daya duniawi...
Sekarang semakin meningkat umurku, sekarang semakin sibuk ku rasai. Sekarang banyak bidang baru aku ceburi. Sekarang dan akan datang pastinya banyak perubahan bakal dilalui.
Tahun akhir di university.... tahun yang amat aku khuatiri. Bahas, hafazan Al-Qur'an, Ilmuku, bahasaku, ibadahku, dan bekalanku.....
Tahun berapa anda di Universiti atau apa pangkat anda di mata dunia bukanlah pengukur siapa anda di hadapan Allah. Yang menjadi ukuran setebal mana keimanan dan ketaqwaan kita menuju mahligai syurgawi...
Bulan Mei ini banyak yang perlu aku laksanakan...
Minggu Pertama dan kedua :
Menyibukkan diri dengan ihtifal KAFA. ( Kembali mengasah minda menjiwai dunia seni )
Menjadi Pemandu Pelancong tidak bertauliyah.
Pergi ke kelas seperti biasa.
Mengajar bahasa arab 2 hari seminggu. (satu pembelajaran dan pengalaman yang amat berharga)
minggu ketiga dan keempat :
Sekurang-kurangnya 2 fasal bahas aku siap dihadapkan kepada Mushrif.
Mendaftarkan diri untuk madah yang amat aku sukai ( perlu usaha semaksimum mungkin dan berdoa bersungguh-sungguh)
Mengajar seperti sediakala
menyiapkan bahas-bahas madah yang ada.
Inilah yang perlu aku tempuhi sepanjang Mei ini...
Semoga aku selalu dalam perhatian Penciptaku, Allah Ar-Rahman Ar-Rahim