Friday, November 20, 2009

ziarah mangsa banjir

dah tamat tempoh upload gambar...nanti-nanti kita kongsi lagi ya..ada cerita sikit nak sharing..



anak-anak murid yang ceria sokmo


bilik pengantin ni boleh tahan cantik...


guru-guru KAFA yang banyak berjasa


hadi angkat minyak


bergambar je lebih...hehehe


setiap satu rumah satu plastik

Tuesday, November 17, 2009

jejak haiwan di suq mayu


naik karo untuk memulakan pengembaraan

perancangan last minute membuatkan kami memulakan pengembaraan seramai 7 orang anggota..yang melangkah dengan niat yang berbeza..akhirnya membawa pulang hasil yang sama..sebanyak 30 ekor merpati telah kami tawan di sangkara lawan..lalu terkorbanlah 100 pound kami tanpa mampu memperbanyakkan bicara lagi...


pilih merpati untuk dikorbankan..ye ke?


arnab..ingat nak beli tapi mahal sangat..
so kena tunda dula la hajat hati ni..
seekor 20 pound tu


belalang goreng..kata uncle bait, sedap buat sambal..entah la betul ke salah
tapi murah je..



la duk bergambar ngan anak ayam pulak..
tak pernah jumpa ni, sian2


ayam belanda pun ada...

Monday, November 2, 2009

warga pmms



antara gambar yang saya suka...walaupun gambar kami kecil tapi gambar ni still je cantik dan nampak mesra..

seloka PMMS





Keluarga bahagia bagaikan permata,
Peranan sang bapa sebagai ketua,
Ibu di sisi pembantu setia,
Nizam dan Azma bakal menimang cahaya.

Manis bicara manis rautnya,
Kasih dibina utuh laksana,
2 tahun berlalu tiada terasa,
Yaakob dan Rahimah memang ceria.

Berpindah benua mendamba ilmu,
Buat bekalan kehidupan yang satu,
Biar rindu bersarat padu,
Azhan pasti bertahan tunggu.

Rumah tertutup pintu terbuka,
Kawasan dapur memang dia suka,
Marilah ikut kalau nak rasa,
Masakan Azam memang tak sama.

Rumah menyapa setia bertapa,
Jasad di sini jiwa di sana,
Hajat di hati belum dilaksana,
Sabarlah Umar pujangga kembara.

Cermin di mata pandang merata,
Perihal adab di tangan sudah,
Selang sebulan hajikan tiba,
Irfan pulang dua ijazah.

Tok Imam Tok Siak berkawan rapat,
Masjid tempat Irwan beribadat,
Menanti Firdaus laungkan qamat,
Ingat Allah pohonkan rahmat.



adik abang belajar bersama,
Satu pasukan BKKS namanya,
negeri lain daerah tak sama,
Eizaz dan Osman sehati sejiwa.


Daerah Jitra di hujung dunia,
Pergi membeli earphone ternama,
Ramah mesra tak kira bangsa,
Mohd Fazlii itulah orangnya.

Roti dicanai Mee dikisar,
Mitco tempat ilmu diamal
Pancing dipacak rehlah dianjur,
Albo exco kebajikan unggul.

Yaman Negara kembara bermula,
Ilmu ditimba Quran di dada,
Jangan Harun malu bersuara,
Pengalaman diri dikongsi bersama.

Syai diteguk di depan Jamiah,
Pergi dan pulang dengan rakan sekuliyah,
Nampak diam tetapi peramah,
Fauzan memang abang Umme Syahadah



Asal Kedah Negara Malaysia,
Hafiz muda Quran dicinta,
Orangnya kecil banyak bicara,
Zaim pengganti guru-guru KAFA.

Bertubuh tinggi melebihi semua,
Mulut pendiam kurang berkata,
Rezeki murah rahmat dari-Nya
Akmal ke Mekah kita pesan doa.

Kaki bertapak melangkah laju,
Kalbu padat dengan restu ibu,
Ahlan wasahlan buat si bongsu,
Nazri selamatlah menimba ilmu

Biru gelap warna kegemaran,
Hati pemurah tulangnya ringan,
Duduk seorang suka berangan,
Itulah Dalila tak pernah baran.


Bahasa Arab jadi pilihan,
Rajin bertanya memang tak tahan,
Petah berbicara itulah gelaran,
Nisa baru tiba tak sampai lima bulan.

Datang berteman keluarga tercinta,
Empat tahun bersama korban bermula,
Hati terlintas ingin pulang segera,
Ukhuwah melekat Raadhiyah kekal jua.



Habislah sudah seloka kita,
Ada yang benar ada yang reka,
Alahai kawan janganlah murka,
Saya Khalida hanya bercanda.

p/s : cubaan pertama belum cantik lagi..insyaallah kali ke2, atau ke3 akan bertambah baik lagi..nantikan

family day PMMS




alhamdulillah
setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi....

akhirnya...
setelah berminggu-minggu program tertunda, minggu lepas kami telah berjaya menjalankan 2 program dalam 2 hari yang bertempat di klakla, kubah.
Program ini merupakan program anjuran EXCO BKK dan BKKS 2009..terima kasih untuk kalian yang menganjurkan program ini.

cantik gak gambar ni



pertandingan soal berbalas soal..
alhamdulillah, ana menang!!!



1,2,3
ice beeeku..
maka inilah yang berlaku....
saya kalah game ni...sedihnya!!!



tuju kasut
tengah membina piramid kasut sendiri,
tuju jangan tak tuju.
perlawangan sengit ni


Friday, October 16, 2009

sakit atau musibah yang melanda diri?



saya baca diari-muabo pagi ini (ttp://diari-muabo.blogspot.com/) ...kemudian saya nak tinggal komen saya di sana...tetapi tiba-tiba pulak bila tangan dah mula menaip...kalimah ini tersusun panjang pulak...jadi saya rasa baik saya kongsi di entri saya sahaja...

sakit atau musibah yang melanda diri?
memang rugi sekiranya manusia merasakan ini sebagai satu musibah kepadanya tanpa melihat hikmah disebalik takdir yang Allah hantarkan ini...Saya memang jarang sakit..selalu2nya kalu sakit sekadar lenguh2 badan ataupun pening kepala sahaja...tapi itu dah biasa saya lalui...cuma kekadang bila sesekali saya diuji Allah dengan sakit yang bukan kebiasaannya dialami pasti satu keluarga akan turut serta merasai kesakitan ini,dengan pelbagai kerisauan yang menerjah..dan pelbagai nasihat yang menjengah..ini yang membuatkan saya sedikit tak sedap duduk...saya tak berapa suka orang risaukan saya pada sesuatu waktu sebab mungkin saya mudah tersentuh hati...baru ni saya sakit..tapi saya kuat menahannya kerana bagi saya ini baru ujian kecil sahaja..dan saya rasa saya tak boleh mengeluh dengan kesakitan ini sebab tempoh sihat saya terlalu lama daripada tempoh saya merasa sakit,Allah memang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..sangat-sangat penyayang,terlalu penyayang pada hambaNya yang dhaif ini..semoga sakit ini menghapus semua dosa-dosa saya..amin Ya Rabbal Alamin..tapi bila saya mengadu pada ibu untuk bertanyakan pengalamannya....saya x mampu tahan air mata bila dengar suaranya berbicara,mungkin saya terlalu rindu lalu membuatkan hati bertambah syahdu...kemudian saya paskan hp saya kepada kawan untuk meneruskan perbualan bersama ibu..saya dah tak boleh cakap..saya rasakan teruknya saya, buat hati ibu pastinya ayah akan risau lebih...sebab pengkhabaran inilah sms sampai kepada along dan achik...tak lama kemudian saya dapat sms dari mereka berdua, itu tak apa sebab saya mampu balas dengan segeranya...tetapi bila skrin tertera nama mereka memanggil...saya dah meleleh air mata...saya angkat juga tapi saya tak boleh cakaplah sebab air mata lebih laju dari bahasa yang nak ditutur...saya tak suka ini sebenarnya,saya nampak kuat macam tabah je, tapi saya mudah menangis...dari kecil lagi memang kuat nangis...tapi nangis saya pada tempatnya....dari kecil juga saya memang seorang yang terlalu perisau...sangat-sangat!!..bila ahli keluarga jauh dari mata, saya pasti tak senang duduk...nak tidur malam saya akan pastikan beberapa kali semua pintu diikunci..banyak tabiat-tabiat lain yang buatkan saya geram pada diri sendiri,kenapa saya macam ni? terlalu risau!!!.. tetapi saya tak risau dan saya tak nak orang risaukan saya bila saya berjauhan dari orang lain atau saya buat apa-apa...sebab saya yakin saya boleh buat kerana Allah selalu bersama saya....Allah juga selalu bersama orang lain sebenarnya dan hakikat itu sepatutnya membuatkan saya jangan risau dan tenang lah diri..hmmm...mungkin jawapan persoalan ini pada sms along semalam "manusia memang selalu risau". Tapi bila semua orang dah mula menyebut kerisauan masing-masing terhadap saya...saya rasa seronok juga untuk seketika...rupanya sakit ini pun Allah nak zahirkan hikmah ukhuwah sesama manusia....kita dapat mengetahui ramainya yang sayang kita...arigato!!!!...Saya pun amat sayang kalian,( MAK AYAH, ALONG,ACHIK, DAH,MILAH, BAH,CHAH, NAIN,MAK.TAM,CIK,, M.TEH, P.LANG DAN SEMUA)..angah sayang kalian sangat-sangat....Mak dan Ayah jangan risaukan angah sangat..semalam ayah dah binau-binau dah...insyaallah akak tak apa-apa...sikit jer ni...jaga kesihatan mak ayah tau..moga sihat-sihat selalu...terlalu sayang kalian kerana Allah...anugerah mak ayah seperti kalian merupakan nikmat yang terlalu berharga buat diri ini.....moga Allah ganjarankan kalian Jannatul Firdaus Al-'Ala...

ma kacih semua

manusia itu makhluk tercantik..memang teristimewa...malahan dia akan kelihatan lebih menawan apabila dihiasi dan diserap dengan nilai iman dan taqwa...
teringat aku kata-kata orang lama : hutang duit boleh diganti, hutang budi dibawa mati....
kebaikkan yang manusia tabur tak akan pernah menjadi satu kerugian, kerana Allah pasti akan membalasi semua usaha baik manusia dengan ganjaran yang tak terkira...
dikesempatan ini, aku ucapkan terima kasih bebanyak kepada kawan-kawan serumah yang begitu prihatin...arigatoo kawan-kawan!!!

Jazakallahu khairan kasiran...kepada Along yang prihatin dengan kebajikan aku dan kawan-kawan...thanxs a lot....moga allah balas jasa baik along dan mudahkan kepulangan along...sekarang kasut kami kat luar dah tak berapi sangat bila nak sarung kat kaki sebab kami dah ada bumbung yang cute miut ini...tenaga kami pun dah jimat sikit sebab mesin basuh dah syaghal...ma kasih sekali lagi along...:)



untuk b.chik...teghima kacih atas keprihatinan awak selama ni no...moga kesemuanya itu dibalas Allah dengan kebaikkan berganda

ma'rad kutub ad- Duali 2009

Ma'rad kali ini agak mengecewakan aku...sebabnya aku tak nampak pun iklan ma'rad dan bila aku dapat tahu, rupa-rupanya dah 2 hari ma'rad berlangsung dan aku hanya pergi melawat sebanyak 2 x sahaja. Aku juga tak dapat beli banyak kitab, sebab tak cukup bujet..huhuhu.....Apapun aku dah habiskan duit dalam dompet sebanyak80 sdg untuk beberapa kitab yang aku perlu dan menarik minat aku..tapi kalau ma'rad ini buat lewat sikit pasti itu lebih baik untuk aku membeli belah dengan belanjawan yang lebih besar...walau apa pun, aku perlu pastikan semua koleksi yang sedia ada dan baru dibeli bukan sekadar menjadi hiasan almari sahaja....ingat tu kakak!!!

nak kongsi gambar sikitlah....

cuba perhati satu buku yang aku pegang kat bawah ni, unik kan? aku baca betul tu bukan berlakon..dalam satu buku. ada 2 buku, sebab itulah sebelah kiri tegak sebelah kanan terbalik...saja nak menunjuk je sebenarnya...

sambutan hari raya KAFA


meraikan hari raya bersama murid-murid yang dikasihi lagi disayangi...kalian memang special la....

sebulan sudah kita berpuasa,
syawal telah kita rai bersama,
puasa enam jagan dilupa,
lima hari lagi Zulkaedah tiba.

KAFA dibuka untuk semua,
bawah selian dua ibu wibawa,
saling membantu menyumbang idea,
itulah dia Puan Suti dan Puan Asmaa kita.

tenaga pengajar tenaga utama,
disunting dari selatan utara,
ustaz ustazah mesra belaka,
tekun memberi keikhlasan berbicara.

aduh sayang kasihkan semua,
buat kalian yang sokmo ceria,
Firdaus Naim riang ria,
Khuldi Ma'wa amatlah manja.

Adnin muncul menambah seri,
membuat ustaz ringan sekali,
wahai ustazah murid dikasihi,
mari membongkah rahsia islami.

2.35 pm
14/10/2009

kasih keluarga satu anugerah

betapa teruknya perasaan bila ramai yang risaukan kita, tapi itulah natijah dari kasih sayang yang terbina sesama manusia..mak kata : bila jadi ibu dan ayah ni, akan mati berkali-kali. lain dengan orang yang tak ada anak...benar! inilah nikmat yang tak dapat dikecapi oleh semua orang tetapi dirasai oLEH beberapa orang yang menghargainya....

terima kasih kepada semua yang menyayangi diri ini. TERIMA KASIH YA ALLAH ATAS ANUGERAH YANG TAK TERHINGGA INI...

Monday, October 5, 2009

kangan


rindu,
tak bisaku ungkap dalamnya,
tak mampu ku bicara tentangnya,
lamaku menyepi menyapa,
ku biar ia menyinggah tanpa bertanya,
mungkin aku tidak sengaja,
membuang ia jauh ke sana,
kini...aku malu teruja,
menjemput ia kembali bertakhta,
mengasah minda dan jiwa,
mencurah apa dirasa,
agar rindu yang bersara,
mekar subur beraja di dada...


aku si perindu
12.55 a.m / 5.okt

Wednesday, September 30, 2009

iftar, raya riya


ni iftar rumah duta malaysia di sudan


cutenya baby ni...soleh pun soleh


bergambar bersama kak su selepas solat raya


lepas kenyang, posing la pulak


suasana selepas solat raya

Thursday, September 24, 2009

hadiah hari lahir


ku rakamkan jutaan terima kasih buat kalian yang prihatin dengan diri ini.

arigatoo!!!

tahun ni genap umurku 22 tahun....
makin hari makin tua la aku ni kan....
tahun ni hadiah dari orang jauh,
dari jordan juniorku kirimkan....terima kasih bebanyak ye....
dari Sudan dapat belender...huhuhu cam tak caya jer.....itu yang aku teringin, Allah makbulkan sudah... nak nangis rasa sebab terharu sesangat...Allah selalu memberi apa yang aku hajatkan...terima kasih ya Allah...
thank you buat k.mah ngan ust. yakob atas ingatan tulus ikhlas dari kalian berdua....
dan untuk semua yang berada dan wujud di dalam hidupku selama ini...
yang banyak membantu dan menjadi wasilah dalam mendidik diri ini hingga menjadi seorang hamba yang mengenal Penciptanya....
terima kasih so much mak dan ayah jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya..


semoga semakin bertambah umurku maka makin bertambahlaah ketaqwaan aku kepada Allah...amin ya Rabb....