Thursday, July 30, 2009

kami sekeluarga yang berbeza darah

Kami,

Dicipta dari rahim berbeza,

Punya ibu tak serupa,

Bapa tak sama,

Melangkah jauh ke benua Afrika,

Menimba ilmu tuntutan agama.

Kami,

Tidaklah seramai mereka di sana,

Sekadar mencukupi sebagai keluarga biasa,

Ada yang bertali darah,

Ada yang bertali nikah,

Rambangnya kami saudara sefikrah,

Sesama kami bertatih membina mahabbah,

Menyemai rasa kasih ukhuwah islamiyah.

Kami,

Bersatu di bawah satu lembayung,

Dipanggil persatuan pelajar Malaysia,

Merasa panas susah bersama,

Menelan debu halus tak terasa,

Air diteguk dari sumber yang sama,

Tanah dipijak melangkah dan terus mara.

Kami,

Bergerak dengan manhaj dariNya,

Berpaut pada moto,visi pilihan semua,

Dakwah dilatih diterap ke pangkal jiwa,

Kitab disanjung sunnah dijunjung beriring,

Matlamat syahid harapan tertinggi,

Menang menjunjung risalah terulung.


11.19 pm

Isnin, 22 jun 2009.

Kala terkenang kalian sepersatuan…

tetamu istimewa


Bulan silih berganti,
Rejab berakhir syaaban mendatang,
Kedatangannya dinanti dengan penuh debaran,
Tuan-tuan rumah siap siaga menyambut dia yang mulia,
Datangnya diteman seribu keberkatan,
Bersamanya membawa tiga kebahagiaan,
Rahmat yang melimpah,
Pengampunan yang meluas,
Pembebasan dari jahannam menyeksakan,
Dia begitu istimewa buat mereka yang beriman,
Dia terlalu diinginkan oleh mereka yang bertaqwa,
Kehadirannya hanya sebentar Cuma,
Mencukupi buat mereka mencipta jiwa,
Menyemai kasih menyubur iman,
Amal soleh dicipta,
Ganjaran berganda dianugerah,
Ar-Rayyan menjadi taruhan penantian berjuta pemilik rumah,
Haruman kasturi menghiasi ruang indah tersergam mewah,
Janji Pemiliknya janji yang tepati,
Sebulan bertandang dia mula meminta diri,
Katanya akan datang ke mari lagi,
Nantikan dia jangan pernah melupai,
Namun kasih disemai buat kami menangisi,
Pemergiaannya meratap hiba abdi hakiki,
Pemilik teratak merayu agar berjumpa lagi,
Bermekar azam akan lebih menghargai…

Arkawit
5.38 a.m
26 julai 2009

Sunday, July 19, 2009

coretanku buat dah, jam n bah...

kenangan terindah bila bersama mereka yang disayangi..moga rahmat Allah sentiasa bersama kalian..




semalam call adik-adik. Zahidah,jamilah Nusaibah...dah besar pun diaorang,sekajap benar waktu berjalan...tapi rasanya kemesraan kami masih sama seperti dulu,usikkan masih berkisah pada topik yang sama...hihihi..terubat rindu, memang terubat..hampir 1 jam 1/2 aku call.maklumlah call free..so lanjut-lanjut la cakap..teknologi yang canggih membuatkan dunia ini tak bersempadan..benua yang terpisah jauh terasa dekat benar di hati ini..sembang punya sembang, baru aku tahu rupanya depa ni selalu je lawat blog aku dan adik beradik diaorang yang lain diperantauan..diaorang tanya..akak tak malu ke publish kan penulisan akak kat blog?..huh,soalan apa la tu...nampak macam diaorang nak mencuba tapi belum berani lagi...tak lama lagi 3 beradik tu pasti akan meniti jalan senior-senior mereka...mereka minta aku tukar gambar2 mereka yang aku publishkan...ada2 jer la budak2 ni...rasa gambar diaorang tak cantik la tu...sekarang akak letak gambar korang yang baru pulak..harap kalian tersenyum lebar ok...study elok-elok.. jangan banyak main...sayang kalian kerana Allah..

Wednesday, July 1, 2009

program remaja..di Sudan



sambil tadabbur al-Quran...kita menghitung kekurangan diri..
adik2 ini bersemangat meluahkan buah idea utk dpersembahkan


belajar buat kek dan roti canai
lepas tu terus menjamu selera...





hbs main dahaga........alhamdulillah ada k.yah yang prihatin



netball yang lama ditinggalkan dihidupkan kembali di benua ini dengan gabungan adik-adik komplex yang sememangnya aktif...