Tuesday, October 11, 2011

dan ini untuk adik-adikku

walaupun bukan menyeluruh menyerupai jalan hidup kita diawal penceritaaan ini, tetapi ianya mirip dan hadafnya sama2... biar kata2 ini ditulis dari orang lain tetapi akak ingin katakan ianya juga maksud hati akak....

terima kasih k.ma http://albazrah.blogspot.com atas entri kali ini...sungguh menyentuh hati saya dan sesuai dengan kehendak saya pada waktu ini. Sesungguhnya Allah Maha Tahu dan dididikan Allah datang dari pelbagai pelusuk

istimewa perkongsian Ini untuk Abdullah Luqman, Zahidah Zahraa, Nur Izzah Husna dan Jamilah Rawaida.....

http://albazrah.blogspot.com/

cerita ini tak bertajuk


Seiring keheningan pagi ini aku dengan rendah hati memanjatkan sejuta syukur kepada Maha Esa. Betapa bersyukurnya aku atas segala ketetapan Allah untuk aku. Aku redha dengan jalan hidupku dengan apa yang ada padaku, dengan segala apa yang aku lalui sebelum ini. Aku terlalu bersyukur diciptakan Allah sebagai aku sekarang, sebagai hamba yang dilahirkan dalam suasana islam dan terus dididik tanpa jemu untuk mengenali islam.. Terima kasih Allah kerana mengurniakan aku mak dan ayah, abang dan adik-adik yang aku miliki sementara waktu di dunia ini. Sesungguh kami semua milikMu.

Tahun ini tahun dididikkan, tahun yang banyak cabaran, walaupun hakikatnya setiap detik hidupku merupakan dididikan.... tetapi saat ini aku merasakan betapa kasihnya Allah kepadaku menganugerahkan tanggungjawab yang aku pikul sekarang... aku bahagia dengan apa yang aku lakukan walaupun ianya tidak sehebat mana... perjuangan aku hanya sekelumit berbanding perjuangan para sahabat mahupun salafussalih... tetapi inilah kudrat yang aku ada sesuai dengan keupayaan aku. Walaupun kekadang aku lelah ketika graf imanku tak menentu tetapi dengan adanya orang2 disekelilingku yang sentiasa mengingatkan membuatkan aku bangkit kembali dan sesungguhnya Allah tidak pernah membiarkan aku lama terkapai dalam kelekaan yang aku cipta sendiri... entri kali ini agak sukar difahami kerana ia hanya luahan yang ingin aku coretkan agar aku kembali membaca isi hatiku sendiri...

hampir genap 5 tahun aku berkelana jauh di rantau orang, banyak yang aku belajar, banyak juga yang aku perolehi, walaupun begitu masih banyak yang belum aku miliki.... berkelana jauh memang agak menyakitkan, meninggalkan orang-orang tersayang jauh dri pandangan mata...tetapi aku masih bertuah berbanding sahabat yang lain kerana aku tidak pernah keseorang aku sentiasa berteman. dahulu aku hanya bersama abang, kemudian adikku datang, baru2 ini abang pulang, adik seterusnya pula dtang meneman... pandangan orang keluarga ini pasti banyak wang dihantar jauh datang berjuang... namun itu hanya pandangan umum, dan Allahlah Maha Mengetahui dan melorongkan jalan rezeki...

Selepas 3 perenggan aku karang hatiku mula kembali lapang.... rinduku kepada keluarga di sana tidak akan aku buang begitu sahaja...

Aku berdoa padaMu Tuhan memberikan ibu ayahku kekuatan jua kesabaran dan terus maju menyumbang tenaga untuk deen tercinta

Aku mohon padaMu Ya Rabb memberi kami kefahaman Islam yang jelas dan benar dalam kami melayari bahtera kehidupan yang penuh onak duri ini

Aku bermohon kepadaMu Ya Rahman agar memperlapangkan hati adikku dalam menimba ilmu di dunia sebagai bekal untuk pulang.

Aku berdoa agar kami semua bersatu dalam jalan dan deen yang satu di bawah matlamat yang sama agar kami kembali dalam husnul khatimah....

Seandai ahli keluargaku membaca entri ini ketahuilah bahawa diri ini sentiasa menyayangi kalian kerana Allah dan ingatlah dalam kehidupan berkeluarga ini tiada istilah saling beban membebankan kerana kita saling perlu bertanggungjawab diantara satu sama lain. Dan perlu saling lengkap melengkapi untuk menjadi yang terbaik bertemu yang Maha Agung.

sayang kalian !!!

aku bangga menjadi sebahagian dari hidup kalian!