tangan ini bergerak membina huruf menjadi kalimat,kemudian bertukar menjadi bait-bait ayat,buat tatapan para pelawat...
Saturday, July 17, 2010
musim exam tiba lagi
Untuk semester ini, aku ambil 8 paper. Bermula 19 Julai ini, untuk madah ikhtiari.(intishar islam fi afrika).Dan bersambung kembali pada 25 Julai Hingga 5 Ogos untuk 7 Subjek teras bagi semester ini...
Insyaallah najah semester ini, aku akan mula melangkah ke semester 7.Moga Allah mudahkan perjalanan aku dalam menuntut ilmu. Biarlah langkah pengajian aku ini seiring dengan penambahan ilmu di dada. Semoga aku tak pulang ke tanah air dengan dada yang kosong.
Program dakwah pula akan bermula pada 9 ogos sehingga 27 ogos. hampir 3 minggu aku akan keluar dari daerah khartoum. HArap-harap dapat melihat tempat baru di sudan. Moga aku kuat juga melalui program ini di dalam ramadhan. Insyaallah ramadhan kali ini akan terisi dengan kebaikkan.
Doa dari kalian amat diharapkan...
Sunday, July 11, 2010
penyakit futur
Futur
Dirujuk dari kitab : Afat ‘Ala Tariq.
Karangan : Dr. Said Mohd Noh.
Di dalam buku ini pengarang
Makna Futur dari segi bahasa terbahagi kepada dua :
1) Terputus daripada penerusan ataupun terhenti dari pergerakan.
2) Malas atau lembap selepas kesungguhan dan kerajinan.
Manakala dari segi istilah pula Futur membawa makna :
Sejenis penyakit yang berkemungkinan berjangkit kepada para pendakwah atau para pekerja di jalan Islam. Darjat yang paling rendah ialah malas,perlahan atau lembap. Darjat yang paling tinggi pula ialah terputus atau terbehentti daripada pergerakan yang berterusan dan kesungguhan yang jitu.
Seterusnya mari kita melihat kepada sebab-sebab terhinggapnya penyakit Futur di kalangan kita :
1) Ekstrem atau terlalu berlebih-lebihan dalam agama.
Rasulullah s.a.w menganjurkan dalam sabdanya yang bermaksud;“Jangan kamu memberat-beratkan diri. Nanti akan diberatkan ke atasmu.”(Riwayat Abu Daud)
“Tidaklah seseorang memberatkan diri dalam bergama, melainkan ia akan dikalahkan olehnya.” (Riwayat Al-Bukhari)
Oleh itu, pembimbing tarbiyah mestilah mendidik aktivis dakwah untuk mengikuti anjuran Rasulullah s.a.w dalam hadith yang bermaksud;“Lakukanlah amal sesuai dengan kemampuanmu kerana sesungguhnya Allah tidak merasa bosan sehingga kamu sendiri merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah ialah yang dilakukan secara rutin walau pun sedikit.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
2) Berlebih-lebihan dalam melakukan sesuatu perkara yang harus.
Contohnya, berlebih-lebihan ketika makan sehingga menjadikan badan terasa berat dan malas untuk berkerja sehingga akhirnya seseorang itu tidak melakukan sesuatu pekerjaan yang ingin dilaksanakan.
3) Keluar dari jemaah dan mengasingkan dirinya.
Apabila seorang aktivis suka bersendiri, maka dia telah hilang satu benteng pertahanan dari syaitan kerana Rasulullah s.a.w bersabda bahawa syaitan itu lebih dekat kepada seorang dari kepada dua orang dan lebih dekat kepada dua orang dari kepada tiga orang. Syaitan ibarat serigala yang sentiasa mengintai kambing yang terasing dari kumpulannya. Pastinya syaitan akan sentiasa berbisik agar seseorang itu meninggalkan amal dakwah. Oleh itu, aktivis dakwah mestilah dididik untuk melazimi teman-teman aktivis seorganisasi bagi mengelakkan futur. Pembimbing tarbiyah pula mestilah berusaha untuk sentiasa membina kemesraan aktivis dakwah dengan organisasinya dan memastikan kemesraan yang berterusan sesama aktivis.
4) Kurang mengingati mati dan hari akhirat.
Antara faktor pendorong kuat dalam amal dakwah ialah hasrat mendapat pahala, rasa rindu dengan syurga, takut akan dosa dan seksa neraka. Kesemua ini berkaitan dengan mengingati akhirat. Oleh itu, apabila mengingati akhirat berkurangan, ia akan diganti dengan ingatan kepada benda-benda lain. Natijahnya faktor pendorong menjadi lemah dan futur menguasai diri. Maka sebab itulah penting bagi aktivis dakwah untuk ditarbiyah agar mempunyai rutin ibadah tertentu yang akan terus mengingatkannya akan akhirat, bukan hanya bercakap mengenai fikrah atau menumpu pada kemahiran semata-mata.
5) Berlengah-lengahan atau kurang dalam melakukan ibadah seharian.
Kita tidak boleh mengambil ringan dan berlengah-lengah dalam melakukan ibadah seharian kerana sikap suka berlengah-lengah ini akan membawa kepada sesuatu yang lebih rumit dipengakhirannya.
6) Terjebak dengan sesuatu yang haram atau syubhah.
Manusia akan pasti melakukan kesilapan dan dosa tetapi ia tidak boleh mempunyai sikap toleransi dengan dosa atau bertoleransi setelah melakukannya kerana dosa akan membina titik hitam. Jika titik itu tidak dibiarkan ia akan melemahkan semangat dan mengakibatkan futur.
7) Mengecilkan skop amal dalam Islam.
Antara punca rasa jemu ialah tiada kepelbagaian. Oleh itu, pembimbing tarbiyah hendaklah membimbing para aktivis dakwah untuk mempelbagaikan segala tidakannya. Dia mesti mempelbagaikan ibadah mereka agar apabila mereka jemu pada satu ibadah, mereka masih melazimi satu ibadah yang lain. Dia mesti mempelbagaikan corak amal dakwah mereka agar mereka tidak mudah jemu dan bosan. Dengan itu, kemungkinan futur menjadi rendah.
8) Tidak dapat menerima sunnatullah dalam kehidupan.
Futur berlaku juga apabila seseorang itu dalam melakukan amal dakwahnya tanpa mengikut aturan alam seperti mahu satu perubahan yang segera dan cepat, tidak realistik dengan harapannya, sehingga apabila usahanya selalu gagal, ia menjadi putus asa.
9) Tidak menjaga hak badan disebabkan terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan tetapi sedikit tenaga pekerja yang ada.
Rasulullah s.a.w bersabda yangbermaksud;“Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak atasmu, dirimu mempunyai hak atasmu,keluargamu juga mempunyai hak atasmu. Oleh itu, berikan setiap yang punya hak, akan haknya.” (Riwayat Al-Bukhari)
Selain pembimbing tarbiyah sentiasa memerhatikan aspek ini dalam diri para aktivis, dia hendaklah memastikan agar tidak menjadi punca para aktivis mengabaikan hak-hak yang lain dengan memberi tugas-tugas atau tuntutan yang berlebihan.
10) Tidak ada persediaan dalam menghadapi duri-duri di jalan dakwah.
Jalan dakwah sentiasa dipenuhi oleh ujian. Seseorang yang tidak bersedia atau mempunyai persiapan akan pasti ditewaskan oleh ujian ini. Maka sebab itulah penting bagi aktivis dakwah untuk melalui program tarbiyah yang sistematik sebagai salah satu mekanisme persiapan di jalan dakwah. Pembimbing tarbiyah tidak boleh hanya seronok melihat kesibukan aktivis dakwah dengan pelbagai projek sehingga tidak ada masa untuk tarbiyah.
11) Bersahabat dengan sahabat yang mempunyai keinginan dan cita-cita yang rendah.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bemaksud;“Seseorang itu mengikut agama temannya kerana itu hendaklah kamu melihat orang yang kamu jadikan teman.”
(Riwayat Abu Daud)
Maka sebab itu penting bagi pembimbing tarbiyah untuk membina kemesraan dengan para aktivis dan kemesraan sesama mereka. Dengan kemesraan itu, mereka saling mengasihi dan menjadi teman yang terbaik antara satu sama lain. Dengan itu juga, mereka tidak condong kepada golongan-golongan lain untuk dijadikan teman.
12) Bekerja untuk dakwah tanpa bersistem.
Apabila seseorang bekerja tanpa mengikut sistem dan perancangan yang baik dia akan memenatkan diri sendiri dan kurang mendapat hasil yang baik. Ini pastinya akan menjejas semangat dan komitmennya. Menjadi tanggungjawab pembimbing tarbiyah untuk menyepadukan pembinaan kemahiran yang betul sebagai sebahagian dari program tarbiyah bagi mengelakkan faktor ini. Di samping itu, pembimbing tarbiyah sendiri mestilah menjadi contoh yang baik.
13) Jatuh ke dalam maksiat, samada dosa kecil mahupun dosa besar serta tidak kisah dengan maksiat yang dilakukan.
Sunday, June 27, 2010
lama tak menulis
Entah kenapa begitu keberatan untuk duduk dan menutur huruf bergerak menjadi perkataan, mungkin agak sibuk kebelakangan ini, mungkin juga ketidak lancaran line internet menjadi puncanya...apa-apa je la alasan boleh dicari. Ada yang boleh diterima, ada yang perlu ditolak tepi.
Dalam masa 1/2 tahun ini bermacam-macam telah berlaku, yang suka mahupun duka. Sungguh cepat masa berlalu, pergi meninggalkan aku yang masih belum utuh membina peribadi diri. Hingga merasa amat kerdil diri ini, tiada apa yang dapat diberi untuk dikongsi, terlalu kurang untuk menjadi seperti yang dijanji.. Bukan juga salah sesiapa, hanya ia kesalahan diri membuang waktu tanpa mengisi dengan kemanfaatan buat keperluan dan bekal untuk dini hari.
Kini aku mula menyusun kembali puzzle yang telah aku ceramukkan dahulu, mencari dan menampung kekurangan diri agar puzzle aku kembali indah tersusun. Justeru akan aku gantungkan ia di dinding kediaman, agar semua yang memandang akan merasa kecantikkan seni ukirannya. Merasa bersama kemolekkan yang cuba diurai...
Semoga, sayang, rindu, dan kasih yang dibekal membuatkan aku terus kuat membina diri, maju setapak demi setapak, melangkah terus ke depan, tanpa menoleh lagi untuk mencapai hajat yang disemat pada awal matlamat yang ku cipta.
Moga RedhaNya Bersama Ku Selamanya
Tuesday, May 4, 2010
ciri-ciri seorang muslim
- Aqidah yang sejahtera
- Ibadah yang sahih
- Akhlak yang mantap
- Mempunyai tubuh badan yang kuat
- Luas ilmu pengetahuan
- Mammpu berusaha
- Berusaha melawan nafsu
- Menjaga waktu
- Tersusun dalam urusan
- berguna untuk orang lain
Tuesday, April 6, 2010
Monday, February 22, 2010
pulang bercuti
alhamdulillah kami telah selamat tiba ke yaman pada 22 februari.
3 hari transit di yaman, kami cuba menghabiskan masa ini menikmati udara dan cuaca baru, mengenali budaya yang berbeza, menjamah mata dengan keunikkan negaranya...Sungguh rasa beruntung dapat melawat negara ini setelah sekian lama memasang angan sahaja. terima kasih Ya Allah yang memudahkan perjalanan kami...
Esok malam insyaAllah kami akan bertolak balik meninggalkan bumi yaman..dan insyaAllah di lain waktu jika masih berpeluang akan aku singgah lagi ke sini...
Sunday, February 7, 2010
ijraat pulang
ijraat dengan jamiah, jawazat..pasti menuntut kesabaran yang lebih...
janji dengan beberapa orang perlu dilaksanakan, beberapa perkara perlu diselesaikan,
pekerjaan perlu diteruskan...
Moga Allah sentiasa bersamaku menenangkan aku dalam apa jua keadaan...
Friday, January 15, 2010
exam menjengah lagi
rasa rindu.
tapi tak punya idea
juga tak berkesempatan....sebab sekatan penggunaan internet telah diadakan bagi memberi ruang untuk lebih fokus study:)
kongsi ni je la...
bermula 24/1/2010....exam akan bermula utk semester 5 bagi menentukan layak atau tidak aku melangkah naik ke semester 6....exam utk semester ini akan berakhir pada 7/2/2010..insyaallah
moga lancar dan najah semua madah yang aku akan jawab di dewan peperiksaan nanti...selalunya qaah 66, 67 dan 68 yang menjadi port aku ...
jadual peperiksaan kali ini :
madah sedikit ringan diapit rapat oleh madah-madah yang amat berat
mudahkan Ya Allah...Khalida kena ingat juga doa sahaja tak cukup tau...
24/1 = (8.30 pg) dirasat quraniyah
28/1 = (8.30pg) tafsir ayat ahkam
31/1 = (12.00 pg) sirah wa syamail
2/2 = (8.30 pg) hadith 2
4/2 = (8.30 pg) Aqidah
= (12.00 pg) Hisbah -subjek elektif-
7/2 = (8.30 pg) Nazariatul akd
bila sudah selesai apa yang mahu aku buat ya?..
Wednesday, December 23, 2009
sekuntum mawar berduri...
Wanita solehah seolah mawar yang berduri,
Sukar disentuh oleh tangan yang tidak berhati-hati,
Duri yang tumbuh memagari jiwa yang suci,
Kecantikkan yang dipandang mata
Dia memang menjadi gilaan sang kumbang,
Tetapi bukan semua kumbang yang mampu memetik ia dari dahan hinggapannya,
Hanya yang telah di tentukan Sang Pencipta sahaja yang akan berjaya memilikinya
Bahagianya menjadi dia…
Sekuntum mawar berduri…
Kasih dan cintanya hanya kerana Rabb yang menciptakan dirinya….
Sunday, November 29, 2009
jabal auliya' memang best
ramai lagi yang beratur kat belakang tu ha..
kami 1 persatuan bersama 9 family petronas





























