saya baca diari-muabo pagi ini (ttp://diari-muabo.blogspot.com/) ...kemudian saya nak tinggal komen saya di sana...tetapi tiba-tiba pulak bila tangan dah mula menaip...kalimah ini tersusun panjang pulak...jadi saya rasa baik saya kongsi di entri saya sahaja...
tangan ini bergerak membina huruf menjadi kalimat,kemudian bertukar menjadi bait-bait ayat,buat tatapan para pelawat...
Friday, October 16, 2009
sakit atau musibah yang melanda diri?
saya baca diari-muabo pagi ini (ttp://diari-muabo.blogspot.com/) ...kemudian saya nak tinggal komen saya di sana...tetapi tiba-tiba pulak bila tangan dah mula menaip...kalimah ini tersusun panjang pulak...jadi saya rasa baik saya kongsi di entri saya sahaja...
ma kacih semua
teringat aku kata-kata orang lama : hutang duit boleh diganti, hutang budi dibawa mati....
kebaikkan yang manusia tabur tak akan pernah menjadi satu kerugian, kerana Allah pasti akan membalasi semua usaha baik manusia dengan ganjaran yang tak terkira...
dikesempatan ini, aku ucapkan terima kasih bebanyak kepada kawan-kawan serumah yang begitu prihatin...arigatoo kawan-kawan!!!
Jazakallahu khairan kasiran...kepada Along yang prihatin dengan kebajikan aku dan kawan-kawan...thanxs a lot....moga allah balas jasa baik along dan mudahkan kepulangan along...sekarang kasut kami kat luar dah tak berapi sangat bila nak sarung kat kaki sebab kami dah ada bumbung yang cute miut ini...tenaga kami pun dah jimat sikit sebab mesin basuh dah syaghal...ma kasih sekali lagi along...:)
untuk b.chik...teghima kacih atas keprihatinan awak selama ni no...moga kesemuanya itu dibalas Allah dengan kebaikkan berganda
ma'rad kutub ad- Duali 2009
nak kongsi gambar sikitlah....
cuba perhati satu buku yang aku pegang kat bawah ni, unik kan? aku baca betul tu bukan berlakon..dalam satu buku. ada 2 buku, sebab itulah sebelah kiri tegak sebelah kanan terbalik...saja nak menunjuk je sebenarnya...
sambutan hari raya KAFA
syawal telah kita rai bersama,
puasa enam jagan dilupa,
lima hari lagi Zulkaedah tiba.
KAFA dibuka untuk semua,
bawah selian dua ibu wibawa,
saling membantu menyumbang idea,
itulah dia Puan Suti dan Puan Asmaa kita.
tenaga pengajar tenaga utama,
disunting dari selatan utara,
ustaz ustazah mesra belaka,
tekun memberi keikhlasan berbicara.
aduh sayang kasihkan semua,
buat kalian yang sokmo ceria,
Firdaus Naim riang ria,
Khuldi Ma'wa amatlah manja.
Adnin muncul menambah seri,
membuat ustaz ringan sekali,
wahai ustazah murid dikasihi,
mari membongkah rahsia islami.
14/10/2009
kasih keluarga satu anugerah
terima kasih kepada semua yang menyayangi diri ini. TERIMA KASIH YA ALLAH ATAS ANUGERAH YANG TAK TERHINGGA INI...
Wednesday, September 30, 2009
Thursday, September 24, 2009
hadiah hari lahir
makin hari makin tua la aku ni kan....
tahun ni hadiah dari orang jauh,
dari jordan juniorku kirimkan....terima kasih bebanyak ye....
dari Sudan dapat belender...huhuhu cam tak caya jer.....itu yang aku teringin, Allah makbulkan sudah... nak nangis rasa sebab terharu sesangat...Allah selalu memberi apa yang aku hajatkan...terima kasih ya Allah...
thank you buat k.mah ngan ust. yakob atas ingatan tulus ikhlas dari kalian berdua....
dan untuk semua yang berada dan wujud di dalam hidupku selama ini...
yang banyak membantu dan menjadi wasilah dalam mendidik diri ini hingga menjadi seorang hamba yang mengenal Penciptanya....
terima kasih so much mak dan ayah jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya..
Wednesday, September 23, 2009
Monday, September 21, 2009
aidlifitri di Sudan kali ke 2
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Semalam Malaysia dan Sudan telah menyambut 1 Syawal.....Dan buat kali ini, aku beraya di Sudan untuk kali ke 2 bersama abang dan adikku..memang pantas masa berlalu, dulu ber 2 sekarang 3 beradik.
Alhamdulillah raya kali ini meriah sekali, dari rumah ke rumah kami bertandang,berkunjung-kunjungan sesama rakyat Malaysia di Sudan.Dan raya tahun ini, 5 resepi kuih raya telah tersedia di teratak comel kami di Arkawit, Khartoum.....sapa cepat dia merasa la...
Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
puasa 6 syawal jangan dilupakan
Sunday, September 13, 2009
23 ramadhan
pagi ajar memandu,
tgh hari ajar mengaji sampai petang
pkl 5.30 dpt jemputan berbuka puasa,
magrib dan tarawih,
11 mlm balik rumah topap air,
clear sikit2 persekitaran rumah,
rehat untuk qiam pulak.
pagi tadi kemalangan, kereta langgar lori....lori tgh park tepi jalan, x boleh cntrl stereng agaknya terus langgar lori tu, tapi lori tak de apa yang sakit kereta la kemek sebelah...alhamdulillah kami selamat.orang kata, kalu baru belajar bawa kereta langgar tu langgar ni tak per lama2 cekap la...maybee.
teringat waktu first time nak bawa kereta dulu, wktu tu tak dapat lesen lagi, tapi sebab gian nak bawa kereta juga maka bawa la sampai langgar pagar rumah orang, kereta sorong anak dia.dah la tuan rumah x de.esk tu kena pergi balik rumah dia minta maaf...alhamdulillah la dia kata tak pe dik, kereta soroong anak akak tu dah lama, dah x guna dah.
tapi itu la kita yang langggar tak per, tapi orang yang nak bayar la penat, tapi nak buat macam mana bukan sengaja..... Allah izin....duit boleh cari...............
jangan serik, cuma lepas ni kena berhati-hati lagi ye kak!!!!
sebulan 2 lagi cekap la tu..........insyaallah....
sebenarnya kat mana-mana pun kita tak selamat, kalau Allah tak selamatkan kita. oleh itu mohonlah perlindungan daripada Allah Yang Maha Berkuasa!!!
dont give up k!
Wednesday, September 2, 2009
pengkhabaran yang dinanti tapi takut untuk mengetahui
cikgu memandu
lesen memandu dah lama ada...kawan-kawan selalu cakap try la bawa kereta kat sudan, tapi aku cakap : tak nak la, takut ar...tengok diaorang bawa pun gerun...memang tak berani...tapi minggu lepas ada seorang kakak tanya : siapa boleh bawa kereta antara orang dalam rumah awak tu? aku jawab : saya la. confident je jawab. rupanya dia nak cari cikgu ajar memandu. selepas dia membuat permohonan aku dengan ringan mulut selamba ja menjawab, boleh.
jadi hari ini bermula la satu pekerjaan baru, guru memandu. Sebenarnya aku pun tak cekap sangat bawa kereta tapi boleh la gagah bawa sebab suka. orang kata nak seribu daya, tak nak seribu dalih.hari ini aku belajar satu perkara, yang mana semua ilmu dan kepakaran perlu kita pelajari, terutamanya kita sebagai seorang muslim. semua perkara akan membawa manfaat kepada seseorang yang bergelar mukmin. Rezeki Allah juga datang dallam pelbagai bentuk. dalam kita kesempitan, kita meminta kepadaNya, dan kekadang rezeki itu datang melulu dari sumber yang tak terduga. Maha Pengasihnya Allah ke atas hambaNya...
Aku bersyukur padaMu Ya Rabb !!! Sesungguhnya tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Allah lah sebaik-baik tempat mengadu dan bergantung harap.
Sunday, August 30, 2009
SONG OF RAMADHAN
RAMADHAN BULAN PUASA
BULAN RAMADHAN, KITA BERPUASA,
ITULAH RUKUN ISLAM YANG KETIGA,
DI WAKTU SIANG LAPAR DAHAGA,
SIAPA TAAT PASTI ALLAH SUKA…
BULAN RAMADHAN, BULAN BERPUASA, (RAMAI)
BULAN UJIAN UNTUK KITA SEMUA,
SIAPA TAAT AKAN PERINTAHNYA,
DIBERI PAHALA BALASAN SYURGA…
WAHAI KAWAN-KAWAN…..JANGANLAH LUPA,
SIAPA PUASA, MENDAPAT PAHALA….
DI AKHIRAT KITA…MENDAPAT SYURGA,
SIAPA MALAS NANTIKAN KECEWA….
WAHAI KAWAN-KAWAN….
JANGANLAH LUPA, PUASA BANYAK MENGAJAR KITA….
YANG MELATIH KITA BERAKHLAK MULIA,
AGAR MENJADI ORANG BERTAQWA…
DI WAKTU SIANG…LAPAR DAHAGA…. (RAMAI)
PENUHI DENGAN AMAL IBADAH…
SIAPA SABAR…SIAPA REDHA…
AKAN MENDAPAT HIKMAH BERPUASA…
YA ALLAH, (SAJAK)
BERILAH AKU KEKUATAN,
UNTUK MENGHARUNGI BULAN RAMADHAN,
HANYA PADAMU YA ALLAH…
TEMPAT AKU BERGANTUNG HARAP…
WAHAI KAWAN-KAWAN…
JANGANLAH LUPA, SIAPA PUASA
MENDAPAT PAHALA…
DI AKHIRAT KITA…. MENDAPAT SYURGA, SIAPA MALAS, NANTIKAN KECEWA…
WAHAI KAWAN-KAWAN…
JANGANLAH LUPA PUASA BANYAK MENGAJAR KITA,
YANG MELATIH KITA…BERAKHLAK MULIA…
AGAR MENJADI ORANG BERTAQWA…
DI WAKTU SIANG… LAPAR DAHAGA… (RAMAI)
PENUHI DENGAN AMAL IBADAH…
SIAPA SABAR… SIAPA REDHA…
AKAN MENDAPAT HIKMAH BERPUASA…
RAMADHAN… (SOLO)
Saturday, August 29, 2009
cuaca sudan hari ini
Setiap kali cuaca bertukar di tanah gersang ini, umat akan merasa ujian yang berbeza-beza yang mana semua itu mendidik jiwa umat merasa kekuasaan Rabbnya, dan kekerdilan dirinya. Maha Suci Allah atas segala sesuatu.
Sedikit kongsi-kongsi perubahan cuaca dan suasananya....
- bila musim panas genting melanda bumi ini diantara bulan 3 hingga 6. Hanya Allah sahaja yang tahu panasnya pada waktu itu.Selalu sahaja sampai ke suhu kepanasan 40-49 darjah.Pada waktu ini, jika umat berada di dalam rumah yang tak de mukaiyaf samada pagi,petang atau malam, rasanya macam duduk dalam sauna. atas sebab itulah kebiasaan orang Sudan akan merebahkan diri mereka di atas katil di luar kawasan yang beratap. Panas Bumi ini memang banyak mendidik umat menjadi seorang yang perlu bersabar, sangat-sangat sabar. kepanasan yang menyengat ini buat umat sering menanti hujan menyimbah bumi.
- Tetapi bila hujan mula menitiskan airnya, maka umat perlu bersedia meredah banjir di serata jalan, menadah air hujan ke dalam besen, mangkuk dan apa-apa yang sesuai bagi rumah-rumah mereka yang bocor, menimba air yang melimpah masuk ke dalam rumah bagi rumah- rumah mereka yang bahagian luar rumahnya lebih tinggi dari kawasan dalamnya. dulu nak keluar takut matahari, tetapi sekarang nak keluar takut kasut, stokin kain kotor dan basah dek lecak sepanjang jalan... Dan untuk aku, inilah kali pertama aku redah banjir. Bukan kat tanah air yang memang sering disimbah hujan tetapi di tanah gersang Sudan! Dan airnya mencecah paras paha aku, dalam juga tu. Itupun aku hanya meredah pinggiran jalan sahaja.Sepanjang meredah banjir, pak cik2 yang melepak di sepanjang jalan memberi arah tunjuk jalan,lucu betul dahlah diaorang arah2 lepas tu pakat lawan ketawa la pulak...Namun alhamdulillah, aku sempat sampai ke rumah beberapa minit sebelum masuk waktu berbuka puasa.
- Selepas musim hujan ini, umat akan dikujungi pula dengan musim sejuk yang kering lagi 2, 3 bulan. pada musim ini..malasnya la nak bangun pagi, sebab seronok layan sejuk yang membalut tubuh...tetapi sebagai umat, nikmat ini perlu juga dilawan kerana panggilan subuh memanggil untuk banggun beribadah. Dan selalunya pada musim ini, umat mudah mengalami masalah kulit kering, sangat-sangat kering. sebotol losyen mungkin hanya untuk 2 minggu sahaja bagi yang betul-betul menjaga kecantikkan kulitnya.Kalau tak jaga pun kena juga rawat kerana jika tak dirawat kulit mungkin akan luka-luka..ataupun merah-merah, kemudian lama2 jadi hitam-hitam. bila sudah jadi macam tu susah la pulak nak berubat.
Saya setuju, memang bila mendalami semua keadaan ini kita merasakan susahnya, perit benar nak lepas setiap satu peringkat, tetapi selepas itu, kita akan merasakan kemanisannya. bumi ini bumi tarbiyah. Segala keperitan di dalamnya merupakan tarbiyah untuk umat menjadi lebih gigih, kuat, kental dan penuh kekuatan serta pengalaman hidup. Moga diri ini terus mampu menggali rahsia tarbiyah yang terselit di sebalik takdir yang dipersuratkan untuknya.
Tuesday, August 25, 2009
ramadhan karim
Hari ini masuk hari ke 4 umat islam berpuasa untuk tahun 1430 hijrah. Ramadhan bulan rahmat, bulan keampunan dan bulan pembebasan dari azab neraka....bagaimana menempuh 3 fasa penting ini...?
Bulan berkah ini rezeki memang melimpah ruah, tak usah difikir dan dirungsingkan...rezeki datang mencurah-curah....
Ujian?...ujian itu membina diri, membina kekuatan bagi sesiapa yang mengambil positif dari apa yang Allah aturkan buatnya..
Selama 4 hari aku melalui ramadhan untuk kali ini banyak yang aku dapatkan..
- malam ke 2 ramadhan...kami solat tarawih di masjid sebelah jamiah afrika, kami bertolak awal ke sana, kerana takut penuh, dan alhamdulillah kami menjadi antara tetamu Allah yang pertama sampai....selepas itu, group demi group berkunjung tiba...agak lambat sebenarnya solat dimulakan...akhirnya bila iqamat dilaungkan, kami mula menyusun saf untuk berjemaah...Diizinkan Allah belum sempat rakaat pertama diselesaikan, mikrofon masjid ini rosak...sememangnya susah dan tak mungkin untuk mengikut imam kerana kami berada di bahagian atas, manakala lelaki di bawah...sudahlah tidak dengar, nampak pun tidak...alhamdulillah antara jemaah perempuan ada yang bijak dan praktikal. seorang sister berbangsa mesir mengambil peranaan dengan melantik dirinya secara spontan menjadi imam kepada kami semua...setelah selesai isyak, terdengar beberapa suara berbalah menyokong dan membantah tindakkan sister tadi...namun tak dihiraukan oleh golongan majoriti..seterusnya kami meneruskan ibadah tarawih dengann berimamkan imam besar di bawah saana...tapi dengan sedikit gangguan teknikal menyebabkan kami membuat keputusan untuk menyelesaikan setakat 4 rakaat sahaja tarawih di masjid ini...manusia hanya boleh merancang.. belum sempat kami mengangkat punggung untuk bangun, ada seoraang sister afrika bangun dan mempelawa dirinya untuk mengimami kami semua sehingga selesai witir...maka kami pun membatalkan niat untuk pulang dan meneruskan sehingga selesai tarawih bersama... malam itu aku terasa bahawa kerdilnya aku...mengapa dalam situasi itu aku tidak mampu mengambil sebarang tindakkan? sedangkan aku telah mempelajari teori ilmu-ilmu itu...apa guna kalau aku sekadar ada ilmu tetapi tidak aku zahirkannya dalam bentuk praktikal..ini pengajaran yang penting buat diri ku..malahan lebih aku terasa kerdil kerana yang mengimamkan kami ini adalah budak kedoktoran...kenapa tidak kami yang menuntut dalam pengkhususan deen ini yang bangun menawarkan diri?? ...aku seru diriku dan semua sahabat seperjuangan agar kita lebih peka dengan suasana sekeliling kita, serta marilah sama-sama kita praktikkan ilmu yang menepu di dada....
- Hari ke 2 ramadhan Allah hantarkan kepada kami di bumi khartoum hujan yang agak lebat..rasanya sepanjang hampir tiga tahun aku di bumi gersang ini, inilah hujan yang paling lebaat sekali aku rasakan....hujannya beserta guruh dan kilat yang tak putus-putus...Maahaa Suci Allah atas segala sesuatu...Dalam kelebatan hujan ini...Allah izin bumbung kami bocor...bukan satu tempat tapi banyak.....tarawih pun belum lagi..cadang nak rasa tarawih di tempat lain pulak tapi hujan lebat ini menyukarkan kami untuk keluar. Tidak lama selepas hujan turun Allah izin bekalan elektrik pula terputus...selalunya begitu..bila hujan turun elektrrik pun merajuk pergi..malam itu kami tidur bertemankan air yang membanjiri lantai rumah...aku fikir baik aku tiidur dulu nantilah bangun untuk tarawih...Alhamdulillah jam 3 pagi aku terjaga,hujan pun dah berhenti...bila aku keluar untuk berwuduk dalam kegelapan malam yang tak bersuluh cahaya lampu itu, aku dapat melihat serpihaan-serpihan dinding ynag telah runtuh...masyaallah, ini baru bala tentera Allah yang berbentuk air menyerang..manusia yang angkuh ini tidak mampu untuk berbuat apa-apa...lalu apa yang hendak dibanggakan kita sebenarnya??? kita hamba yang terlalu lemah jika kita tidak berbalik dan bersandar pada Sang Pemilik Yang Agung lagi Perkasa... Keesokkan harinya kami bertungkus lumus melaksanakan gotong-royong tergempar...tuan rumah pun tidak lupa berkunjung untuk melihat keadaan rumah dan penyewanya...Cuaca pagi itu pun alhamdulillah menjadi redup dan mendung sahaja...
Moga kita sentiasa menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dengan nikmat dan bersabar dengan imtihan dunia..Moga Firdaus Allah untuk kita semua.
Monday, August 10, 2009
puasa latihan kepatuhan
Kita di dalam ramadhan menahan diri dari makan, minum, serta menahan syahwat kita dari terbit fajar hingga berkumandangnya azan maghrib. Kemudian,kita kembali makan dan minum,dan begitulah seterusnya dalam jangka masa sebulan di dalam ramadhan yang mulia.Sesungguhnya latihan ini merupakan satu latihan yang memerlukan kekuatan yang mendalam.Maka sesiapa yang mampu menahan dirinya dari sesuatu yang halal di siang hari, sudah tentu mudah baginya untuk menjauhi sesuatu yang telah diharamkan Allah kepadanya.
Perbicaraan ini sebenarnya ditujukan kepada mereka yang selalu mengatakan : Sesungguhnya kami tidak mampu untuk menahan diri kami dari merokok. Dan kamu sepanjang waktu berpuasa tidak mengisap walau sebatang cerut?.Sesetengah yang lain mengatakan kepada kamu : saya tunggu sehingga tibanya waktu berbuka. Saya telah sediakan rokok dan cerut.
Maha Suci Allah,Wahai saudaraku kamu sepanjang hari menahan diri daripada merokok, maka sempurnakanlah…Di mana ketaatan kamu di siang hari tadi?
Kamu menahan diri kamu dari sesuatu yang halal, maka jauhilah juga daripada sesuatu yang telah diharamkan Allah.
Sesiapa yang melatih diri untuk konsisten dengan memakai pakaian uniform sesuatu badan yang telah dikhususkan kepadanya, dan begitu jugalah keadaannya untuk sesiapa yang mahu melatih dirinya di dalam ramadhan.Wajib ke atasnya untuk menjauhi segala kejelikkan dan kemaksiatan.Tutuplah semua saluran-saluran kemaksiatan, dan katakanlah kepada diri masing-masing : kami tidak memerlukannya walaupun sedikit. Kami perlu mempersiapkan diri kami untuk berqiamullail,mengkhatam Qur’an dan mempersiapkan diri kepada segala kebaikkan.
Kemudian marilah kita melihat kepada firman Allah s.w.t :( كتب عليكم الصيام) (Al-Baqarah : 183) Ayat ini mengajak kita beriltizam dengan farhu-fardhu dan adab-adab puasa.Kegembiraan menyambut ramadhan membuatkan kita memperelokkan persiapan menyambutnya dengan penuh ketaatan. Sesungguhnya perintah dan suruhan Allah yang didatangkan kepada kita perlu dilaksanakan dengan penuh cinta dan patuh, dan tidaklah kita memilih darinya apa yang kita sukai dan meninggalkan apa yang tidak kita senangi.Dan janganlah kita beriltizam dengan suruhan puasa tetapi kita meninggalkan solat,jihad dan fardhu yang lain.
Sunday, August 9, 2009
sayangnya Allah padaku
namun...lamunan hati membuat aku tersedar, Allah Maha Adil,Allah berfirman : Allah menguji seseorang hamba dengan kadar kemampuannya..Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah atas aturan hidupku yang terlalu indah ini. Segala yang Engkau aturkan terlalu sempurna buatku.Takdir yang telah Engkau persuratkan membuatkan aku menjadi aku.Aku sebagai hamba memohon kepadaMu Ya Rabb agar Engkau sentiasa mengekalkan aku dalam peliharaanMu,dalam kasih sayangMu,dalam rahmatMu...Janganlah diri ini dibiarkan terkapai-kapai lemas dalam dilema nafsu yang menjijikkan....
Sungguh aku sedang berusaha meningkat
keimanan dan taqwa dijiwa.Moga aku dalam
golongan yang dicintaiNya.
Kekurangan diri ingin diperbaiki,walaupun ianya mungkin bukan semudah bicara,memerlukan waktu untuk mentaslihnya.Kuatkanlah hamba dalam menjadi yang terbaik untuk terbaik.
Wednesday, August 5, 2009
ramadhan dirai
Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan kepada kita agar berdoa اللهم بلغنا رمضان sebelum tibanya kedatangan ramadhan yang mulia.Yang mana kita bermohon kepada Allah agar memanjangkan umur kita sehingga kita dapat bertemu lagi dengan ramadhan yang bakal menjengah tiba.
Tetapi,mengapa Nabi mengajar doa ini kepada kita?
Rasulullah s.a.w. bersabda : (انما الأعمال بالنيات ولكل امرئ ما نوى) Maka sesiapa yang berniat untuk berpuasa di dalam bulan ramadhan yang akan datang, bangun di malam harinya, beriktikaf dan mencari lailatul qadar serta mendapatkan segala kebaikkan yang akan datang bersama bulan yang berkah ini,sesungguhnya dia akan mendapatkan segala ganjaran kebaikkan yang terdapat pada bulan rahmat ini. Walaupun dia tidak sempat memasukinya dan beramal di dalamnya.
اللهم أهله علينا بالأمن والايمان
Seorang muslim selalu menginginkan kebaikkan, sepertimana sabda Nabi s.a.w :(Siapa yang berhajat kepada kebaikkan, akan diberi kepadanya …) Kemudian diajarkan Nabi kepada kita ketika melihat anak bulan agar menyebut doa yang bermaksud: (Ya Allah keluarkanlah bulan sabit ini dengan keberkatan dan keimanan, berikanlah keselamatan dan keislaman, Tuhanku dan Tuhanmu ialah Allah s.w.t. inilah sabit yang boleh memberi petunjuk serta kebaikan.
Puasa Merupakan Suatu Tanda Kemuliaan Ramadhan.
Siapa yang ingin memuliakan bulan mulia ini, maka muliakanlah dengan apa yang dimuliakan Allah kepadanya.Sesungguhnya Allah memuliakannya dengan berpuasa.
Firman Allah : ( Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar mereka bertaqwa.)
(Al-Baqarah :183)
Allah menyebut : (يأيها الذين ءامنوا) Ini kerana mereka yang akan melaksanakannya, dan Allah tidak menyebut ( يأيها الناس) kerana kemungkinan mereka tidak akan melakukannya. Sesungguhnya orang-orang mukmin apabila mereka mendengar suruhan dan perintah Allah, mereka akan terus melaksanakannya.Firman Allah : (Hanya ucapan orang-orang mukmin, apabila mereka diajak kepada Allah dan Rasul-Nya agar Rasul memutuskan (perkara) di antara mereka, mereka berkata, “Kami mendengar dan kami patuh.” Dan mereka itulah oranng-orang yang beruntung.(51) Dan barangsiapa yang taat kepada Allahh dan Rasul-Nya serta takut kepada Allah dan bertaqwa kepada-Nya,mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.(52).(An-Nur : 51,52)
Dan firman Allah : (كتب عليكم الصيام) yang membawa makna diwajibkan, maka diwajibkan untuk semua muslim tanpa sebarang pengecualiaan untuk tidak melakukannya. Dan di sana tiada istilah yang dinamakan “ Saya Bebas”.Kamu merupakan seorang muslim, maka dimestikan ke atas kamu berpuasa di bulan ramadhan.Sesungguhnya perintah Allah itu merupakan satu kewajipan.Lalu Allah memerintahkan kita berpuasa,maka puasalah.
Dan firman Allah :( كما كتب على الذين من قبلكم) yang menunjukkan bahawa sesungguhnya puasa telah difardhukan kepada umat-umat terdahulu,akan tetapi Allah s.w.t. meringankannya ke atas kita.
Bagaimana?
Dahulu puasa adalah menahan diri daripada makan,minum dan bercakap,maka seseorang yang berpuasa sesekali tidak pernah dia berbicara.Inilah keringanan yang Allah kurniakan kepada kita, dan ini merupakan kelebihan anugerahNya.Allah s.w.t. berfirman pada akhir surah al-Baqarah : ( Ya Allah! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sepertimana yang Engkau bebankan ke atas orang-orang sebelum kami.) (Al-Baqarah : 286)
Wanita-wanita yang tidak dapat menahan diri mereka daripada berbicara maka dikurangkan ganjaran pahala puasa mereka pada syariat terdahulu,disebutkan firman Allah tentang Maryam Binti Imran : ( Jika engkau melihat seseorang,maka katakanlah,”Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pengasih,maka aku tidak akan berbicara dengan sesiapa pun pada hari ini.)
(Maryam : 26).
Ketahuilah kita bahawa puasa itu merupakan satu jambatan atau tangga atau satu kenderaan yang akan kita gunakan untuk sampai ke perhentian taqwa,dan taqwa itu ialah takut kepada Allah.
Thursday, July 30, 2009
kami sekeluarga yang berbeza darah
Kami,
Dicipta dari rahim berbeza,
Punya ibu tak serupa,
Bapa tak sama,
Melangkah jauh ke benua Afrika,
Menimba ilmu tuntutan agama.
Kami,
Tidaklah seramai mereka di
Sekadar mencukupi sebagai keluarga biasa,
Rambangnya kami saudara sefikrah,
Sesama kami bertatih membina mahabbah,
Menyemai rasa kasih ukhuwah islamiyah.
Kami,
Bersatu di bawah satu lembayung,
Dipanggil persatuan pelajar
Merasa panas susah bersama,
Menelan debu halus tak terasa,
Air diteguk dari sumber yang sama,
Tanah dipijak melangkah dan terus mara.
Kami,
Bergerak dengan manhaj dariNya,
Berpaut pada moto,visi pilihan semua,
Dakwah dilatih diterap ke pangkal jiwa,
Kitab disanjung sunnah dijunjung beriring,
Matlamat syahid harapan tertinggi,
Menang menjunjung risalah terulung.
11.19 pm
Isnin, 22 jun 2009.
Kala terkenang kalian sepersatuan…
tetamu istimewa

Kedatangannya dinanti dengan penuh debaran,
Tuan-tuan rumah siap siaga menyambut dia yang mulia,
Datangnya diteman seribu keberkatan,
Bersamanya membawa tiga kebahagiaan,
Rahmat yang melimpah,
Pengampunan yang meluas,
Pembebasan dari jahannam menyeksakan,
Dia begitu istimewa buat mereka yang beriman,
Dia terlalu diinginkan oleh mereka yang bertaqwa,
Kehadirannya hanya sebentar Cuma,
Mencukupi buat mereka mencipta jiwa,
Menyemai kasih menyubur iman,
Amal soleh dicipta,
Ganjaran berganda dianugerah,
Ar-Rayyan menjadi taruhan penantian berjuta pemilik rumah,
Haruman kasturi menghiasi ruang indah tersergam mewah,
Janji Pemiliknya janji yang tepati,
Sebulan bertandang dia mula meminta diri,
Katanya akan datang ke mari lagi,
Nantikan dia jangan pernah melupai,
Namun kasih disemai buat kami menangisi,
Pemergiaannya meratap hiba abdi hakiki,
Pemilik teratak merayu agar berjumpa lagi,
Bermekar azam akan lebih menghargai…
5.38 a.m
26 julai 2009






















