Friday, May 29, 2009

nafsu berdusta

lekaku dengan alam,
membuat nafsuku puas,
iman yang diisi,
mula mengempis hilang,
sambil menikmati,
aku menghitung dan menduga,
dimana tingkat taqwa?
terasa hina benar jiwa mudaku,
bibir menutur tidak selari amal,
mengapa?
kenapa?
persoalan mendatang,
hanya aku punya jawabnya,
aku bilang aku punya tujuan,
aku ada matlamat,
dimana ia pergi?
kemana ia menghilang?
aku puncanya,
aku jua penyebabnya,
Ya Rabb,
jelik benar diri ini,
hina sungguh nafsu yang ku turutkan,
kurnia hamba kekuatan,
ku seru jiwa lemah ini...
beristighfar pohon keampunan,
mohon pada Ar-Razak,
rezekikan hamba kefahaman,
fahaman yang benar jua praktikal....
amin...

Thursday, May 21, 2009

ibu kami

ustaz kelas tafsir semester ini, tidaklah mirip ust Dahlan, tapi cara mengajarnya memang mirip cara ustaz Dahlan mengajar.....lalu bila di kelasnya membuat aku terkenang dan mengambil peluang yang terlepas dahulu agar tidak terlepas sekali lagi.....tapi kelas minggu ini membuatkan aku melihatnya lalu terus teringatkan ustaz serta merta aku mula berpuisi untuk ummi yang dikasihi..........

Hari ini genap seminggu Ummi dipangil bertemu Allah....

umi,
guru kami,
pendidik kami,
ibu semua,
beribu anak lahir darinya,
seorang Umi sukar dicari ganti.
umi,
bertahun kukenal,
dari nama gelaranmu,
hingga jiwa empunya jasad,
Umi umpama ibu,
ikhlas memberi dan meleteri,
buat hati kami terkesan sekali,
setiap kami mencatat sejarah,
bersama Umi pasti diingati.
umi,
walau jauh aku belayar,
tiap khabar yang ku hantar,
akanku tanya dirimu bagaimana,
engkau selalu tersemat di hati ini,
jasamu,pengorbananmu mendidikku,
semua itu terlalu bermakna buat diri ini.
umi,
sekarang kau pergi meninggal kami,
pergi untuk selama-lamanya pasti,
akhir hayat sakit terasa,
kau masih berfikir masuliyah khalifah,
sungguh kau wanita cekal,
punya jiwa yang pasti kental...
umi,
akan ku usaha membina diri,
mencipta peribadi setabah Umi,
doaku buatmu Umi,
moga bahagia engkau di sana,
atas perjuangan hidup di sini......
janji Allah itu pasti benar belaka...

Rintihan Sang Hamba

Aku,
Hamba hina,
Dikelilingi dosa ciptaan diri,
Hamba biasa,
Tak pernah sempurna mungkin seketika,
Tercipta aku bersama tujuan,
Dengan sejuta matlamat,
Janji yang ku tabur …perlu ku tunai,
Amanat yang dipikul wajib ku laksana,
Tapi,
Inilah aku,
Sering terlupa kadang meleka,
Pernah naik,
Lebih kerap turun,
Ah!
Aku benci kelemahan ini,
Namun…,
Aku syukur atas suratan Pencipta.

Aku,
Masih perlu diproses,
Wajar hendaknya dididik,
Mesti mendidik,
Perlu menyampai,
Harus memberi,
Nampak mudah tapi rumit,
Teori senang praktikal renyah,
Walau itu hakikat,
Aku percaya,
Aku beriman,
Penciptaku bersama tiap ketika,
Tiap saat detik berlalu,
Selagi aku menjaga,
Selagi aku pelihara,
Risalah tercinta,
Hak kemestiannya.

Aku,
Pasti terjaga,
Akan dibantu,
Pasti dicinta.

Tuesday, April 28, 2009

tertawan

Baru selesai kelas tafsir,hari ni kami membaca tafsir al-Mutaffifin,al-Takwir dan al-Buruj.
Sebenarnya aku amat tertawan dengan madah ini dan cara ustaz ini mengajar kami.Setiap kali kelas berlangsung,ustaz akan mula dengan mendengar bacaan quran dari kami.kemudian menerangkan makna perkataan-perkataan yang agak sukar, dan diteruskan dengan tafsir secara umumnya.Sumber rujukan yang digunakan dari kitab "Tafsir Al-Wadih" karangan Mohd Mahmud Al-Hijazi. Ustaz ni pasti akan mengakhiri kelas dia dengan serangkap doa. Waktu ini adalah peluang yang tak patut dilepaskan untuk mengaminkan doa sang ustaz.
Moga2 kelas untuk sem ni berjalan dengan baik dan lancar..insyaallah.

Monday, April 13, 2009

faham mendalam

من يريد الله به خيرا يفقه في الدين

siapa yang Allah kehendaki kebaikkan untuknya,Allah akan beri kepadanya kefahaman tentang islam.
benarlah hadith ini,tapi mari kita fikirkan kepada hadith ini menggunakan perkataan faham bukan tahu atau berilmu?
cantik benar pemilihan kalimah faham di dalam hadith di atas,ini kerana tidak semua manusia yang tahu akan mengamalkan dan tak semua yang berilmu akan mempraktikkan,tapi insyaallah yang faham akan terus istiqamah dengan tuntutan kefahamannya.
Teringat pula mak selalu ulang,
"Manusia dimuliakan Allah dengan islam,tanpa islam ilmu tinggi manapun kita tetap tidak bernilai di sisi Allah."
Memang benarlah kata mak,realiti telah jelas menunjukkan kepada kita yang manusia yang memahami islam dalam hidupnya tidak akan sama dengan yang mengaku sebagai islam pada nama sahaja dan ilmu islamnya hanya di dalam buku catatan.
Islam mampu mengubah manusia secara total.Contoh yang paling praktikal,boleh kita lihat pada diri saidina umar.bagaimana dia sebelum islam,yang terkenal dengan kebengisannya dan apabila masuk islam berubah menjadi seorang yang begitu tersentuh hatinya.
islam itu sungguh sempurna,
menarik dan mampu membuat jiwa tertarik,
indah dan permai di jiwa,
membahagiakan dan mendamaikan pemiliknya.
namun begitu,kita perlu ingat untuk mendapat kefahaman islam,bukan dengan menunggu ia datang mencari,tetapi kita yang perlu tekun berusaha menggali khazanah islam agung ini.
golongan pilihan golongan sejemput,
pengetahuan islam perle direbut,
kita yang hina mesti mengikut,
suruhan Allah wajib diturut.

muhasabah sebentar

أختي المسلمة
لو كان في كل يوم يكتب في صحيفتك ذنب واحد، فكم عدد الذنوب في عشر سنوات مثلا؟انها أكثر من 45000 ذنب! فاتقي الله وأكثري من الاستغفار

kamcing


Akrab,
Akrab itu memaknakan rapat,
Boleh dibawa berbincang,
Berkongsi fikiran terbuka,

bertolak ansur dan bekerjasama,
Mengeratkan jiwa insan,
Menjelajah jauh menembusi proses pengenalan,
Sebarang pertelingkahan enteng sekali dipadam,
Banyak persengketaan dapat diamankan,
Karib serta Akrab Mampu menenangkan jiwa penuh kebahagiaan.

Wednesday, April 8, 2009

sepi menyepi

sepi,
pergi dan datang tidak menentu,
kekadang indah nyaman dan permai bersama,
kadang lagi menyakitkan dan membunuh bahagia,
memerangi ketenteraman jiwa,
membawa pergi gembira yang dirasa.

sepi,
buat akal sempat menghitung,
kesilapan nafsu yang tak dirawat,
kesalahan hati yang hitam terlekat,
kesyukuran yang belum dipanjat.

sepi,
bertandang membawa buah idea,
membenihkan ilham pemikir,
menyuburkan akal yang bekerja,
mencelikkan jiwa yang hilang di celah kesibukkan.

sepi,
manusia itu ada yang menginginkan,
ada yang menolak,
ada yang membenci,
tapi,
segala reaksi tidak dipeduli,
dia tetap bertandang dan pergi.....................

Wednesday, March 18, 2009

rondaan PPMSI.....pengalaman itu satu pendidikkan...

bismillahirrahmanirrahim....
sekarang,aku sedang membuat rondaan pintas mendapatkan maklumat tentang isu hangat yang melanda negaraku Malaysia. Sungguh! aku sebenarnya agak ketinggalan dengan isu-isu yang diperbahaskan di tanah air sendiri.Mungkin kini, aku cuba menebus kesalahanku dengan kudrat dan masa yang terbatas.
Posting kali ini hanya sekadar muqadimah kepada posting yang akan datang,kerana aku belum siap untuk berkongsi lebih panjang tentang isu PPSMI yang meragut banyak ketenteraman jiwa rakyat malaysia termasuk adik-adikku tercinta.

untuk kali aku lebih gemar berkongsi pengalaman yang aku perolehi sepanjang rondaan dibuat,

Dalam proses mencari dan memahami aku sebenarnya banyak belajar sesuatu yang baru.Kini aku berani mengakui bahawa medan pengajian dan pembelajaran tidak terhad di dalam dewan kuliyah sahaja, tetapi seluruh kehidupan itu mengajar kita dan memberi kita ilmu yang baru.Hakikat ini membuatkan aku lebih yakin untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidupku,kerana selepas kita mencuba kita akan mendapatkan satu ilmu baru yang mungkin belum pernah kita ketahui sebelum ini dan tak pernah kita cuba ketahui.

Terima kasih kepada Rabb yang memberi aku peluang mempelajari banyak perkara.Moga medan elektronik ini membuka mataku dan mencelikkan jiwaku tentang apa yang perlu aku laksanakan untuk anak bangsaku.



p/s : pepetah melayu ada menyatakan,
"bahasa jiwa bangsa"

Saturday, March 14, 2009

jantung hati



copy paste dari pujangga-kembara.blogspot.com

Kerajaan Di Hati.
Rajanya mengait langit memayung rakyat.
Rakyat berteduh bawah awan kasih.
Raja menakung keringat menyemai berkat.
Rakyat mekar mengembang hormat.
Permaisuri menjalin tirai cinta,
melapis negara dari bahang sengketa.
Menyulam selimut bahagia ribu warna,
membungkus jelata dari beku derita.
Harta negara dikongsi rata.
Tika kemarau sama berpuasa.
Kala hujan sepakat merasa.
Membulat kata membola suara.
Berpadu jiwa berkongsi rasa.
Kerajaan di hati negara di jiwa.
Doaku pinta kekal selama.
Abadi di dunia bersama di syurga.
Kerajaanku sedang dibina,
menunggu puteri menjunjung atma.
Siddiq Osman.
28 Julai 2008
Malam-malam sunyi.

kerajaanku bagaimana?

kerajaanku masih jauh nun di sana,masih di luar batasan minda.Walaupun itu hakikatnya,aku perlu membina, disaat ini jua agar kerajaan yang bakal terbentuk sempurna acuannya seperti kehendak yang Maha Esa. Moga rakyat yang bakal menjelma, aman dan bahagia serta tinggi kualitinya.

puisi latihan, sudan pilihan.

tanah gersang memanggil datang,
dipasak kuat dorongan abang,
ibu dan ayah tidak menghalang,
terlalu yakin anak mereka matang.

tibaku disambut angin petang,
bersama abang dua perangsang,
bila malam menjelang jemputan pun datang,
perut diisi hingga kenyang.

sebulan berarak mencari teduhan,
terasa sungguh satu ujian,
hati kental terus berhadapan,
ke sana ke sini mencari habuan.

pastiku simpan menjadi kenangan,
tawaran menyewa penuh penjimatan,
hati senang gembira berangan,
menanti kehidupan rumah bujangan.

bahagia menyinggah hanya seketika,
rumah tawaran di depan mata,
mulut tertutup tidak terkata,
janji rumah tapak semata.

ujian pertama menitiskan mutiara,
keputusan diambil mencari asrama,
biarpun berat hati terpaksa,
inilah ketentuan Maha Perkasa.

cerita asrama panjang tak terkira,
akanku cuba memendekkan sahaja,
hidup di sana berbagai negara,
namun semuanya Afrika belaka.

asrama dijejak tanpa kekuatan,
langkah menyusur menarik pandangan,
masuk disambut satu pergaduhan,
membuatkan jiwa hilang harapan.

hidup di sini bagai alien jadian,
semua pergerakkan jadi santapan,
sering dihujani soalan ajaiban,
tilawah didengar memastikan kebenaran.

asrama nun jauh jadi cabaran,
berulang alik di bawah pancaran,
kepala berat terasa kepeningan,
meredah panas bukan sebarangan.

pasir dan debu kehebatan Sudan,
roti dan salatoh jadi kemestian,
tokmiah dan ful menambah kesedapan,
jalabiah dan tok serata jalan.

ilmu dituntut di Markaz Islam,
seluruh dunia pelbagai macam,
kami berkongsi adat dan resam,
budaya bertembung pelbagai ragam.

tanah Sudan tiada hiburan,
tanah ini tanah kekuatan,
tanah ujian penuh cabaran,
tanah membina islam harapan.

bumi kedua jadi kesayangan,
membentuk dalaman natijahnya luaran,
hati terpaut Sudan berkenan,
lagi dua tahun mungkin tambahan.

Tuesday, March 10, 2009

qur'an dan sunnah masdar ummah


Sabda Nabi s.a.w:
" Sesungguhnya telahku tinggalkan kepada kamu 2 perkara
jika kamu berpegang teguh dengan keduanya(Qur'an dan Sunnah),
pasti kamu tidak akan sesat."

Suka saya untuk berkongsi dengan para pelawat teratak ini tentang satu hadith daripada arbain Nawawi(Hadith 40)....Hadith yang ke 10. Moga kita sama-sama mendapat manfaat dari hadith Junjungan mulia ini.

Mafhumnya:
Dari Abu Hurairah r.a. katanya,Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya Allah s.w.t. itu baik, tidak Allah terima melainkan sesuatu yang baik. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang Allah perintahkan kepada sekalian Rasul. Maka Allah berfirman:(Wahai sekalian Rasul! Makanlah dari segala yang baik-baik dan beramallah dengan amalan kebaikkan). Dan Allah berfirman lagi:(Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Makanlah dari yang baik-baik yang telah Aku rezekikan kepada kamu). Kemudian disebutkan seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut rambutnya,berdebu pula mukanya,lalu mengangkat kedua tangannya ke langit dan berdoa: (Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Padahal makanannya haram,dan mulutnya disuapkan dengan makanan yang haram,pakaiannya haram serta bercampur dengan perkara yang haram.Bagaimanakah akan diperkenankan baginya?
(Riwayat Muslim)

Subhanallah, sungguh sempurna deen ini, merangkupi segenap aspek kehidupan,bersih dari segala kekotoran, suci dari segala najis yang menjijikkan...sehingga soal mencari makan dan minum serta pakaian dipesan untuk kita mendapatkan yang halal. Sungguh Islam itu terlalu cantik mana mungkin boleh bercampur dengan sesuatu yang jelik.
Namun kita sekarang terlalu memandang remeh soal ini, ramai diantara kita yang tak kisah bertenggek di kedai apek menegukkan minuman di sana,membeli barang makanan tanpa usul periksa kandungannya,melantak tak tentu hala tempatnya.
Kemudian bila kita menadah tangan kita ke langit,kita marah mengapa doa kita tidak dimakbulkan sedangkan kita telah banyak bermohon dan bermunajat tak kira waktu.

Salah siapa sebenarnya???...

Sedangkan kita sendiri yang mencari dan melibatkan diri kita dengan sesuatu yang Allah haramkan. Jadi tepuklah dada kita,dan tanyalah hati sendiri,pasti hati ada jawapannya.

Sedikit penekanan yang ingin saya utarakan.Ketahuilah oleh kita semua bahawa
Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Allah akan memakbulkan permintaan hambaNya.
Sepertimana firman Allah yang bermaksud:(berdoalah kepada Aku,pasti akan Aku kabulkannya)

Jesteru itu ingin saya kongsikan satu lagi hadith yang diriwayatkan oleh iman Ahmad,Abu Daud dan Termizi.Dari Salman Al-Farisi r.a. telah bersabda Rasulullah s.a.w.:(Sesungguhnya Allah s.w.t amat malu untuk menolak doa hambaNya yang menadah tangan ke langit lalu bermohon kepadaNya)

Saya juga terpanggil untuk berkongsi satu kisah yang baru diperdengarkan kepada saya,kisah bapa kepada said ataupun lebih dikenali sebagai (badiuzzaman sayyid nursi). Tentang bagaimana bapanya begitu menjaga jalan-jalan untuk mendapatkan rezeki yang halal.

kisahnya bermula begini,Guru said berhajat untuk mengetahui rahsia didikkan said dirumah,maka pergilah gurunya untuk menziarahi keluarga said.Setibanya di rumah said,guru tadi mendapati bapa said tiada di rumah.Maka tunggulah dia akan kepulangan bapa said,tidak lama selepas itu pulanglah bapa said dengan seekor lembu.Lembu tersebut telah diikat mulutnya dengan seutas tali.Belum sempat guru tadi bertanya akan sebab mulut lembu itu diikat,telah berkata bapa said:aku mengikat mulut lembu ini kerana perjalanan aku untuk pulang dari ladang ke rumah,aku perlu melalui beberapa kebun lain dan aku khuatir jika lembu aku meragut mana-mana tumbuhan di tepi laluan kami.

Cuba kita renungkan,bagaimana orang alim menjaga dan prihatin dengan setiap sumber yang masuk kepada mereka,sehingga membuahkan benih-benih yang terlalu bernilai dan bermutu harganya untuk islam.Bertepatan dengan itu, fahamilah akan akal kita, bahawa bila kita ingin menghasilkan sesuatu produk yang bermutu hendaklah kita meneliti setiap satu proses rangkaan produk itu dengan penuh tumpuan dan perincian..

Wallahhu'alam...

Sunday, March 8, 2009

Aku dan IsLaM

Aku,
aku seorang hamba,
dilahirkan hasil kasih dua hamba,
lahirku dengan satu ikatan janji,
menjulang deen menebar kebenaran.
aku bahagia dengan takdir penciptaanku,
kerana aku bukan siapa-siapa,
aku hanya seorang anak,
hidup meraih redha Maha Pencipta,
seterusnya menggapai restu orang tua.
aku gembira dengan senyuman ibubapaku,
aku terluka melihat kemurkaan mereka,
aku bersyukur kerana dikurniakan mereka,
doaku buat mereka...
moga bahagia dalam rahmatNya.
aku dididik mengenal Pencipta,
dari kandungan hingga ke alam nyata,
ibu selalu mengulang...
Allah selalu bersama kita,
Allah sering melihat kita,
Allah sentiasa memerhatikan kita,
setiap masa dan ketika,
pesanan ibu kusemat disanubari.
hari berlalu meninggal pergi,
kini aku jauh berdiri,
bersama dua putera hati,
di benua Afrika menggali mutiara islami.
ramai mengata kami buta,
lari meninggal hamparan kemewahan,
mengejar kesusahan yang tak terkira,
bergelut jenuh dengan kepayahan,
menepis angin bersih, mencari debu pasir.
namun,
apa salahnya menjadi pelik,
andai hajat menjadi luar biasa,
muslim itu bukan biasa,
malahan asing lagi berbisa.
islam,
islam itu dari Tuhan,
islam itu keadilan,
islam itu fitrah kehidupan,
islam itu ketenangan.
aku bangun untuk hidup dengan islam,
aku corak masa depanku dengan acuan islam,
aku semai akhlakku dengan kecantikkan islam,
aku ingin hidup dan mati ditangan islam.
namun,
aku cuma manusia,
terbina atas kalimah nasia,
aku sering kali terlupa,
kadang-kadang lalai dengan tipuan dunia.
kerana itu,
islam tidak boleh digenggam berseorangan,
tidak mampu tertegak tanpa persepakatan,
islam perlu jemaah,
buat peringat memperingati,
lengkap melengkapi,
kasih mengasihi.
islam itu milik Allah,
Allah pasti memeliharanya,
Allah akan menjaganya,
islam pasti kekal selamanya,
buat maslahat manusia semuanya.
aku sayang islam,
aku cinta islam,
aku ingin kekal menjadi penganutnya,
buat selama-lamanya.
terima kasih Allah atas nikmat iman dan islam....

Saturday, February 28, 2009

kiSah Beg MeRAh



sebiji beg pengikat jiwa,
sebiji beg penghubung kasih,
sebiji beg penyeri ikatan...
Apa ada pada sebiji beg yang kelihatan lusuh tak berbasuh ini?
Hakikat pandangan umum, mungkin ia hanyalah aset yang akan ditinggalkan ketika kita melangkah ke alam lain...
Namun disebalik sesuatu barang yang menjadi hak milik kita pasti akan ada sejarah dan nilai yang tersendiri....
Bagi aku antara barang yang menjadi hak milik aku pada saat ini tentunya beg ini yang paling aku sayang,kalau ada yang nak minta beli dengan harga 10 kali ganda dari harga asal pun tak sanggup hati ini untuk menjualnya....tapi kenapa?
Kisahnya bermula begini.......
My bag ini aku beli dengan mak tam di Centre Square, Sungai Petani pada hujung tahun 2006. Harganya tak mahal,cuma 10 ringgit sahaja,tu pun mak tam belanja tapi nampak elegan kan!!!
Waktu awal-awal beli tu lawan jaga la dengan mak tam,sapa paling lama bertahan dengan beg murah tapi macam mahal ni...sampai lah time nak fly ke Sudan..mulanya nak galas banyak beg sebab banyak pesanan dari orang di tanah gersang tapi Allah tak izin, beg yang baru beli untuk abang tu putus sebelum galas lagi. Jadi, tak ada la rezeki abang.
Bila sampai kat airport Sudan abang sambut,waktu naik Boxy dia kata, cantik la beg ni,saya punya ke?. Serba salah juga nak jawab,tapi kena la bagi tau juga, kalau tidak kenangan dengan mak tam akan lesap di tangan abang.
Sebulan lepas itu,aku pun menghubungi mak tam minta tolong kirimkan beg untuk abang,tapi jangan bagitau abang pula sebab nak buat kejutan kat dia...tapi..tup..tup..dia call rumah pula apalagi pecah la rahsia..tapi dia pura-pura tak tahu...
Sepanjang setahun beg itu dengan aku dia dalam keadaan baik-baik sahaja,tapi selepas itu zipnya mula meragam.Seingat aku, 3 kali aku ke pekan Khartoum untuk memperbaiki zip beg itu.Masuk kali yang ke 3 aku tukar zip itu,aku tak guna pun sebab nak simpan untuk galas balik Malaysia.Rupa-rupanya ajalnya bertemu di Malaysia.
Aku pun apa lagi ajak la mak tam ke Centre Square untuk cari beg yang sama seperti itu lagi, kemungkinan masih ada stoknya? Rupa-rupanya bukan setakat stok tak ada,tapi kedai pun dah bertukar tuan.
Mak tam pun dengan ihsannya berkata, akak ambillah beg mak tam ni, mak tam bukan guna sangat. Mula-mula tak nak ambil sebab aku tahu mak tam sayang beg dia ni, tapi dah kena pujuk ambil la juga.
Untuk pengetahuan kalian yang dalam gambar tu bukan beg aku yang asal,itu beg mak tam bagi kepada aku. Beg aku dah selamat dikebumikan di Kampung Che Bema.
Sekarang beg yang serupa dengan ini hanya dua orang yang pakai aku dan bang cik.......
Antara part yang sedikit menyentuh perasaan.....
waktu keluar makan dengan abang dia tanya mana beg awak?
Bila aku galas beg tu waktu yang sama dengan abang galas dia kata,aku tak pandai jaga beg,dia kata lagi basuh la beg jangan bagi lusuh macam ni.
Sekali tu waktu ada mesyuarat dengan dia,dia tersipal ambil beg,nak ambil beg dia tetapi terambil beg aku pula.
Sebenarnya bila jalan sama-sama,pakai beg yang sama seronok juga,syok sendiri
Sekarang aku tak galas lagi beg tu dengan abang, tapi galas dengan bang cik pula.Best juga banyak pengawal peribadi ni.
Apa perkaitan 3 orang yang aku sebutkan dengan sebiji beg yang aku sayang ini?
Sebiji beg merah yang sama jenis tetapi berbeza pernah menjadi hak milik kami ber4. Kami yang aku maksudkan adalah insan-insan yang menjadi kesayanganku.Semoga Allah memelihara mereka dunia dan akhirat. Value mereka lebih aku utamakan dari value sebiji beg merah...
Akhir taipan....
sayang kalian kerana Allah

Wednesday, February 25, 2009

umar abdul aziz

Biografi Khalifah Umar bin Abdul Aziz
NAMA PENUH BELIAU
Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin al-Hakim bin Abi Aus
SIAPA BONDANYA?
Laila (Ummu 'Asim) binti 'Asim bin Umar bin Al-Khatab
(Laila merupakan anak kepada wanita penjual susu yang telah dipinang oleh Saidina Umaruntuk anaknya 'Asim.....kalau kita masih ingat sirahnya?)
TARIKH DAN TEMPAT LAHIR
Dilahirkan pada tahun 61 Hijrah di Madinah
(Beliau meninggal pada tahun 101 Hijrah pada umur 40 tahun)
BILANGAN ADIK BERADIK
4 Beradik dari ibu yang sama
(Umar,Abu Bakar,Muhammad,'Asim)
manakala 6 beradik lagi dari ibu yang lain.
ANAK-ANAK BELIAU
Seramai 14 orang lelaki dan 3 orang perempuan
(antaranya...Abdul Malik,Abdullah,Abdul Aziz,Ishak,Yakob,Aminah,Ummu Abdullah)
ISTERI-ISTERI BELIAU
Beliau memiliki 4 orang isteri
(antaranya, Fatimah bintu Abdul Malik yang merupakan sepupu Beliau sendiri...ada syair yang menyifatkan tentang Fatimah...
"anak Khalifah dan Khalifah datuknya
saudara kepada para Khalifah dan Khalifah suaminya"
di petik dari kitab KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ
karangan Dr. Ali Muhammad As-Solabi.