Thursday, February 17, 2011

ceritera kutub dan penguasaan bahasa

Kalau 4 tahun lepas aku ke kedai kitab atau melawati ma'rad-ma'rad kutub untuk memborong kitab-kitab fiqh, tafsir, hadith, fikrah, dakwah dan seumpamanya tetapi tahun ini target aku untuk menggeledah kitab-kitab lughah pula. 3,4 hari lepas aku ke "DARUL KUTUB" habis duit zahzah 100 sdg gara-gara memborong kitab Nahu. Nanti ada duit akak bayar ok ;)

Koleksi kitab-kitab arab dah menggapai 100 buah mungkin tetapi baru 1% yang aku khatam. maktabah yang ada sekarang hanya menjadi rujukan bila perlu membuat assignment, bila diterjah dengan soalan-soalan, bila diri sendiri mencari jawapan bagi kejahilan diri, kaadang-kadang mungkin baca bila mood rajin bertandang.

Sesungguhnya aku belum menjadi ulat buku lagi, cemburu dengan senior sebelah rumah. Pasangan ini terlalu cintakan ilmu. Aku ingin mencontohi mereka, maka perlu kuat lagi jihad untuk menjadi seperti mereka.

Target aku tahun ini nak improve kan bahasa aku yang lebih cenderong kepada bahasa ammi Sudan. Antara usaha aku, aku buat kelas nahu dengan muslimat di sini. Alhamdulillah dengan usaha ini nak tak nak setiap hari aku akan buka 4 kali buku nahi untuk study. Kalu tidak azam hanya tinggal azam la...alhamdulillah geng muslimat pun memberi kerjasama yang baik dan menunjukkan minat dan kesungguhan yang menyejukkan hatiku. Sebenarnya tahap kami lebih kurang je. Sama-sama perlu lengkap melengkapi. Setakat hari ini baru 2 kali kelas kami berjalan. Target aku untuk pusingan pertama ini sekurang-kurangnya 10 lesson la kitaorang dapat.

Selepas dah buka kelas nanti kena buat perancangan lain lah untuk memahirkan lagi bahasa yang masih tunggang langgang ni.

Walaupun driver2 amjad kata " khalas asbahti sudaniyah"...tapi bukan itu yang ingin aku capai. Apa yang perlu digigihkan sekarang memperbanyakkan kosa kata, fasih berbicara dengan bahasa arab yang sangat berkualiti. Sekurang-kurangnya dapat jadi macam ustaz Nizam, ustaz Umar, Ust Mad....

kata-kata yang takkan aku lupakan...." jangan salahkan Sudan kalau balik nahu berterabuq lagi nak cakap pun tak boleh"

............................................................................. :) ...................................................................................

Tuesday, February 15, 2011

perancanganku untuk tahun ini 2011

Februari - Julai
siapkan bahas (tesis)
bawah tajuk (عصمة الأنبياء في الكتاب والسنة)

Jun
Taqdim MA di Ma'had Khartoum

Ogos
Insyaallah habis kursus degree Syariah dan Dirasat Islamiyah.

November @ Disember
Jika tidak diizinkan Allah untuk menyambung MA akan fly pulang ke Malaysia

Sebagai manusia kita hanya mampu merancang, Perancangan Allahlah yang lebih baik untuk kita.


kenangan 2010

BURI PARK
program lepas raya aidilfitri
Mencari Almari second hand
SUQ MAYU
cari makan sambil naik caro
SUQ UMDURMAN
membeli karkadil untuk dikirim pulang ke Malaysia
Rehlah Klakla Anjuran BKK
Lawatan Menteri Pertahanan ke Sudan
pulang bercuti ke Malaysia meraikan perkahwinan abang dan k.long
rumah sewa di Sudan hampir dipecah masuk perompak
Banjir melanda disebabkan lupa menutup paip air dan saluran air yang tersumbat
Permandanga mujmak An-Nur
atas masjid bawah shoping complex