Wednesday, September 30, 2009

iftar, raya riya


ni iftar rumah duta malaysia di sudan


cutenya baby ni...soleh pun soleh


bergambar bersama kak su selepas solat raya


lepas kenyang, posing la pulak


suasana selepas solat raya

Thursday, September 24, 2009

hadiah hari lahir


ku rakamkan jutaan terima kasih buat kalian yang prihatin dengan diri ini.

arigatoo!!!

tahun ni genap umurku 22 tahun....
makin hari makin tua la aku ni kan....
tahun ni hadiah dari orang jauh,
dari jordan juniorku kirimkan....terima kasih bebanyak ye....
dari Sudan dapat belender...huhuhu cam tak caya jer.....itu yang aku teringin, Allah makbulkan sudah... nak nangis rasa sebab terharu sesangat...Allah selalu memberi apa yang aku hajatkan...terima kasih ya Allah...
thank you buat k.mah ngan ust. yakob atas ingatan tulus ikhlas dari kalian berdua....
dan untuk semua yang berada dan wujud di dalam hidupku selama ini...
yang banyak membantu dan menjadi wasilah dalam mendidik diri ini hingga menjadi seorang hamba yang mengenal Penciptanya....
terima kasih so much mak dan ayah jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya..


semoga semakin bertambah umurku maka makin bertambahlaah ketaqwaan aku kepada Allah...amin ya Rabb....

Wednesday, September 23, 2009

suasana aidilfitri di bumi Sudan

suasana raya di Sudan bersama komuniti masyarakat Malaysia


khutbah solat aidilfitri



rakyat malaysia di sudan meriah berhari raya


kesian si comel ni, penat menahan terik matahari




Monday, September 21, 2009

aidlifitri di Sudan kali ke 2

alhamdulillah telah selesai sebulan kita melalui ramadhan al-mubarak. mudah-mudahan kita mendapat kejayaan atas perjuangan yang telah kita tempuhi. Cepat benar masa berlalu, ramadhan yang berlalu tidak terasa dek jasad ini. Semoga Allah temukan kami lagi dengan ramadhan yang akan datang.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Semalam Malaysia dan Sudan telah menyambut 1 Syawal.....Dan buat kali ini, aku beraya di Sudan untuk kali ke 2 bersama abang dan adikku..memang pantas masa berlalu, dulu ber 2 sekarang 3 beradik.

Alhamdulillah raya kali ini meriah sekali, dari rumah ke rumah kami bertandang,berkunjung-kunjungan sesama rakyat Malaysia di Sudan.Dan raya tahun ini, 5 resepi kuih raya telah tersedia di teratak comel kami di Arkawit, Khartoum.....sapa cepat dia merasa la...

Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
kullu 'am wa antum bikhair
puasa 6 syawal jangan dilupakan

Sunday, September 13, 2009

23 ramadhan

hari ini jadual agak padat:
pagi ajar memandu,
tgh hari ajar mengaji sampai petang
pkl 5.30 dpt jemputan berbuka puasa,
magrib dan tarawih,
11 mlm balik rumah topap air,
clear sikit2 persekitaran rumah,
rehat untuk qiam pulak.

pagi tadi kemalangan, kereta langgar lori....lori tgh park tepi jalan, x boleh cntrl stereng agaknya terus langgar lori tu, tapi lori tak de apa yang sakit kereta la kemek sebelah...alhamdulillah kami selamat.orang kata, kalu baru belajar bawa kereta langgar tu langgar ni tak per lama2 cekap la...maybee.
teringat waktu first time nak bawa kereta dulu, wktu tu tak dapat lesen lagi, tapi sebab gian nak bawa kereta juga maka bawa la sampai langgar pagar rumah orang, kereta sorong anak dia.dah la tuan rumah x de.esk tu kena pergi balik rumah dia minta maaf...alhamdulillah la dia kata tak pe dik, kereta soroong anak akak tu dah lama, dah x guna dah.

tapi itu la kita yang langggar tak per, tapi orang yang nak bayar la penat, tapi nak buat macam mana bukan sengaja..... Allah izin....duit boleh cari...............
jangan serik, cuma lepas ni kena berhati-hati lagi ye kak!!!!
sebulan 2 lagi cekap la tu..........insyaallah....

sebenarnya kat mana-mana pun kita tak selamat, kalau Allah tak selamatkan kita. oleh itu mohonlah perlindungan daripada Allah Yang Maha Berkuasa!!!

dont give up k!

Wednesday, September 2, 2009

pengkhabaran yang dinanti tapi takut untuk mengetahui

2 hari lepas, kawan-kawan dari thailand cakap: Nur, natijah dah tubit! aku sikit pun tak percaya, mana mungkin natijah keluar tetapi semua masih ceria? exam kali ini bagi aku memang susah. ada beberapa subjek yang susah sebab memang susah dan ada beberapa subjek yang susah sebab aku sendiri membuatkan ianya jadi payah. setiap semester baru menjelma, aku pasti akan pasang azam untuk lebih tekun belajar, tetapi setiap semester yang aku lepas tak pernah aku berpuas hati dan tak pernah sama dengan apa yang aku azamkan. teruk la aku ini, mudah sangat ikut telunjuk nafsu. padahnya aku sendiri yang terima. Aku harap ujian yang baru aku duduki beberapa minggu yang lepas, aku najah semuanya. amin. kata pelajar asrama, minggu depan result keluar.. semoga Allah kurniakan aku dan kawan-kawan semua kejayaan. Dan hari ini aku sekali lagi pasang azam untuk belajar lebih tekut, lebih gigih dari semester-semester yang lepas. semoga azam kali ini akan aku laksanakan seperti yang dirancangkan. InsyaAllah..

cikgu memandu

macam tak percaya!!! benda yang aku tak nak buat kat sudan hari telah pun aku laksanakan.
lesen memandu dah lama ada...kawan-kawan selalu cakap try la bawa kereta kat sudan, tapi aku cakap : tak nak la, takut ar...tengok diaorang bawa pun gerun...memang tak berani...tapi minggu lepas ada seorang kakak tanya : siapa boleh bawa kereta antara orang dalam rumah awak tu? aku jawab : saya la. confident je jawab. rupanya dia nak cari cikgu ajar memandu. selepas dia membuat permohonan aku dengan ringan mulut selamba ja menjawab, boleh.
jadi hari ini bermula la satu pekerjaan baru, guru memandu. Sebenarnya aku pun tak cekap sangat bawa kereta tapi boleh la gagah bawa sebab suka. orang kata nak seribu daya, tak nak seribu dalih.hari ini aku belajar satu perkara, yang mana semua ilmu dan kepakaran perlu kita pelajari, terutamanya kita sebagai seorang muslim. semua perkara akan membawa manfaat kepada seseorang yang bergelar mukmin. Rezeki Allah juga datang dallam pelbagai bentuk. dalam kita kesempitan, kita meminta kepadaNya, dan kekadang rezeki itu datang melulu dari sumber yang tak terduga. Maha Pengasihnya Allah ke atas hambaNya...
Aku bersyukur padaMu Ya Rabb !!! Sesungguhnya tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Allah lah sebaik-baik tempat mengadu dan bergantung harap.