Tuesday, April 28, 2009

tertawan

Baru selesai kelas tafsir,hari ni kami membaca tafsir al-Mutaffifin,al-Takwir dan al-Buruj.
Sebenarnya aku amat tertawan dengan madah ini dan cara ustaz ini mengajar kami.Setiap kali kelas berlangsung,ustaz akan mula dengan mendengar bacaan quran dari kami.kemudian menerangkan makna perkataan-perkataan yang agak sukar, dan diteruskan dengan tafsir secara umumnya.Sumber rujukan yang digunakan dari kitab "Tafsir Al-Wadih" karangan Mohd Mahmud Al-Hijazi. Ustaz ni pasti akan mengakhiri kelas dia dengan serangkap doa. Waktu ini adalah peluang yang tak patut dilepaskan untuk mengaminkan doa sang ustaz.
Moga2 kelas untuk sem ni berjalan dengan baik dan lancar..insyaallah.

Monday, April 13, 2009

faham mendalam

من يريد الله به خيرا يفقه في الدين

siapa yang Allah kehendaki kebaikkan untuknya,Allah akan beri kepadanya kefahaman tentang islam.
benarlah hadith ini,tapi mari kita fikirkan kepada hadith ini menggunakan perkataan faham bukan tahu atau berilmu?
cantik benar pemilihan kalimah faham di dalam hadith di atas,ini kerana tidak semua manusia yang tahu akan mengamalkan dan tak semua yang berilmu akan mempraktikkan,tapi insyaallah yang faham akan terus istiqamah dengan tuntutan kefahamannya.
Teringat pula mak selalu ulang,
"Manusia dimuliakan Allah dengan islam,tanpa islam ilmu tinggi manapun kita tetap tidak bernilai di sisi Allah."
Memang benarlah kata mak,realiti telah jelas menunjukkan kepada kita yang manusia yang memahami islam dalam hidupnya tidak akan sama dengan yang mengaku sebagai islam pada nama sahaja dan ilmu islamnya hanya di dalam buku catatan.
Islam mampu mengubah manusia secara total.Contoh yang paling praktikal,boleh kita lihat pada diri saidina umar.bagaimana dia sebelum islam,yang terkenal dengan kebengisannya dan apabila masuk islam berubah menjadi seorang yang begitu tersentuh hatinya.
islam itu sungguh sempurna,
menarik dan mampu membuat jiwa tertarik,
indah dan permai di jiwa,
membahagiakan dan mendamaikan pemiliknya.
namun begitu,kita perlu ingat untuk mendapat kefahaman islam,bukan dengan menunggu ia datang mencari,tetapi kita yang perlu tekun berusaha menggali khazanah islam agung ini.
golongan pilihan golongan sejemput,
pengetahuan islam perle direbut,
kita yang hina mesti mengikut,
suruhan Allah wajib diturut.

muhasabah sebentar

أختي المسلمة
لو كان في كل يوم يكتب في صحيفتك ذنب واحد، فكم عدد الذنوب في عشر سنوات مثلا؟انها أكثر من 45000 ذنب! فاتقي الله وأكثري من الاستغفار

kamcing


Akrab,
Akrab itu memaknakan rapat,
Boleh dibawa berbincang,
Berkongsi fikiran terbuka,

bertolak ansur dan bekerjasama,
Mengeratkan jiwa insan,
Menjelajah jauh menembusi proses pengenalan,
Sebarang pertelingkahan enteng sekali dipadam,
Banyak persengketaan dapat diamankan,
Karib serta Akrab Mampu menenangkan jiwa penuh kebahagiaan.

Wednesday, April 8, 2009

sepi menyepi

sepi,
pergi dan datang tidak menentu,
kekadang indah nyaman dan permai bersama,
kadang lagi menyakitkan dan membunuh bahagia,
memerangi ketenteraman jiwa,
membawa pergi gembira yang dirasa.

sepi,
buat akal sempat menghitung,
kesilapan nafsu yang tak dirawat,
kesalahan hati yang hitam terlekat,
kesyukuran yang belum dipanjat.

sepi,
bertandang membawa buah idea,
membenihkan ilham pemikir,
menyuburkan akal yang bekerja,
mencelikkan jiwa yang hilang di celah kesibukkan.

sepi,
manusia itu ada yang menginginkan,
ada yang menolak,
ada yang membenci,
tapi,
segala reaksi tidak dipeduli,
dia tetap bertandang dan pergi.....................